Showing posts with label MY MENU CALENDAR. Show all posts
Showing posts with label MY MENU CALENDAR. Show all posts

My Weight Loss Progress end of April 2010



Salam,

WEIGHT:

Now 67.4 kg (was 64.0 kg)
Gained 3.4 kg

Alhamdulillah...

Chest: 89 cm (no chg)
Waist: 82 cm (no chg)
Arms: 31 cm (+2 cm)
Thighs: 59 cm (+2 cm)
Hips: 97 cm (no chg)

Gained 4 cm

Jeans size: 32 now (no chg)

Alhamdulillah, Amin...

---------------------------

Overal summary sehingga ke hari ini ialah:
Dah makan Herbalife: 2 tahun 1 bulan ++
Overal kg lose: -27.6kg
Overal inches [cm] lose: -73cm or -28.74 inches
Overal jeans size drop: 12 size [from 44 to 32 now]
Overal clothes size drop: 3-4 size [from 3XL to M] some pattern of shirt still L

Alhamdulillah, Amin...

----------------------------------

NOTA KAKIKU

Not great at all and not good either. Ada naik turun, apa2 pun alhamdullilah. Mcm yg aku cakap 2-3 hari lepas, berat naik body fat turun. Ima dok camdek aku cakap makan shakes pun berat naik, apa barang! Tapi aku tak kisah. Susah bercakap dengan orang yang tak paham konsep. Hello! Berat aku naik tapi body fat turun tau! Ada paham kah? Dia cakap body fat turun nak buat apa? Boleh tak kalau aku tak jawap soklan dia? Soh dia google sendirik lah!

Aku hutang 2 bulan punya weight loss [which is actually gained ahehehe] so 2-2 bulan kebetulan bz naik bukit dan gunung. Aku perasan kalo betol lah kan, means sebulan naik 1.5-ish kg lah kot wahahaha. Ironicnya: naik gunung = berat naik, muscle naik, body fat turun! Wahahaha :)).

I was 23.2%, currently at 21.8%. Body fat drop by -1.4%.

Bak kata anonymous di formspring Adieha, ukur lemak di badan sendiri. Ok anonymous, lemak aku ok my pren, nyaris nak publish body fat 20-ish tau. Betol xtipu, cuma aku xsnap picture masa timbang. Esoknya timbang, naik balik jadik 21-ish nih, so amik yg nih jerlah. Jap nak imagine ahehehe... beshnyer kalo body fat 20 bulan nih, lepas tuh 19, lepas tuh 18, 17... WOW! <-- berangan dahhhh!!!

Ini menu calendar March versus April plus compiling table2 graph lelain yg berkaitan dan sama waktu dengannya.







BTW, kaki jadik sangat2 keras sampai aku risau bila pegang kaki sendiri. Terbukti, thighs add +2cm kat sinik. Makin besar pulak thighs aku :-s <-- saper cakap tak risau weh! Aduduhhh... So aktiviti naik bukit aku kurangkan dan concentrate dengan workout2 simple di rumah [buat jiwa sesak ajer :P]. Dah biasa panjat bukit/gunung, mmg rasa agak sesak nafas bila terpaksa workout dalam rumah. Padahal dulu tak der hal jer workout sorang2 dalam bilik, sekarang demand pulak akekeke.

Dah dok umah pepaham jerlah, tak leh tengok dumbell, rasa nak angkat jer. Paling berat dalam umah 5kg ajer so nih kira soft dumbell jer tau. Bukan gym nyer dumbell, 10-20-30kg. Kalo betol aku angkat weight 10-20-30 kg, mahu berak air aku harik2 wahahaha, so cukuplah 5kg ajer. Turn out, arms dah naik balik, mmm... naiklah engkau, naik! Aku suka!!! Nasib baik naik +2cm ajer, kalo +20cm, wahahahha, pengsan +_+.

Aku aware, asal naik gunung ajer, menu shakes terbabas hari ke 2 dan ke 3, hari pertama breakfast jer sempat meng-shakes-kan diri. Hari2 lain atas puncak dan water point, makan dengan group. Dah share duit sesama, xkan aku nak bawak shakes, tak ke pelik tuh akekeke.

BTW, xnak lah salahkan gunung ajer, muhasabah jugak lah dirik ahehehe. Menu mmg dah banyak jadik maintainance menu ajer, ader lah 2-3 menu hijau dan bbrp putik biru, selebihnya mmg melimpah ruah kuningnya dan berselerak merahnya. Salah gunung ke, salah tuan punya badan? >:)

Oklah kot, xder aper nak merepek nih, layan gambo yer :D. Mostly gambo2 terbaru, sebelom collapse, lepas collapse dan paling2 baru b4 dan after kenduri Lin+Daus baru2 nih. So kompom gambo paling latest [walaupun dah publish dalam menu yg lepas, nak publish jugak lagik sekali, kumpul 1 tempat, senang nak refer].

Layanzzz...








My Weight Loss Progress End of Feb 2010



Salam,

WEIGHT:

Now 64.0 kg (was 64.6 kg)
Loss 0.6 kg

Alhamdulillah...

Chest: 89cm (no chg)
Waist: 82cm (no chg)
Arms: 29cm (no chg)
Thighs: 57cm (no chg)
Hips: 97cm (no chg)

Loss 0 cm

Mmm, ader ler bergerak sepoint dua :-s, mcm kompius jer nak publish, so aku anggap xder perubahan lah senang. At least this month I loss the kg... bersyukur lah :D

Jeans size:
32 now (no chg)

Alhamdulillah, Amin...

---------------------------

Overal summary sehingga ke hari ini ialah:
Dah makan Herbalife: 1 tahun 11 bulan ++
Overal kg lose: -31kg
Overal inches [cm] lose: -77cm or -30.31 inches
Overal jeans size drop: 12 size [from 44 to 32 now]
Overal clothes size drop: 3-4 size [from 3XL to M] some pattern of shirt still L

Alhamdulillah, Amin...

----------------------------------

NOTA KAKIKU

Boleh kata aku gigih jugak jaga portion bulan nih, ehem2 [konon] tapi still merah berterabor dalam menu calendar, nanti korang scroll bawah tgk menu calendar haku [gulp]. So nak kata berusaha dengan gigih pun xleh lah kan hahaha. Berat dah start turun, walaupun xsebanyak suatu ketika dahulu... kira berpadanan lah dengan usaha kan. Lain lah kalo semua hijau, mcm kompius lah turun 0.6kg jer. nih ada mix semua kaler, means daily menu tidak lah di jaga dengan bijak ahehehe... ok, aku sedar siapa aku huhuhu... [apehal plak la jiwang2]... :-s



Ok, aku dah adjust graph kasik kecik... senang nak tengok. Yg lama nyer dari 95kg, jaoh bebenor nak nengok nyer [apesal tetiba bunyik mcm orang Perak nih?] wahahahah :))



Macam bola ajer body fat % haku, kejap naik, kejap turun, :P... aku perasan kalo rajin workout, body fat haku dalam range 23-24-25[%]. kalo malas cam siput, dia mencanak naik 26-27-28[%]... :-s uhuks... mmg teori pun ader cakap [chewah]... body fat mmg akan fluctuate around 3-5[%]. Itu beza workout dengan tak workout. kesimpulannyer, body fat masih tebal. Kalo bulan depan malas workout, body fat haku pasti melambung balik ke 26-27-28[%] jadik angka rendah bulan ini adalah angka predict... aku tahu di mana aku berada... [bunyik cam kuciwa ka gumbira nih :-s]...

Aside for muscle and water, aku tak risau sangat, mmg dah stable kat >50 ++. Body fat itu lah culprit nyer... eh! bukan body fat culprit, aku yang culprit sebab workout on-off aheheh :D

In details, here you go... [mari 'merojok' graph 3 beradik] >:)





THE MENU CALENDAR



Merah dan hijau balance. 8-8. Mampu kah haku mengkaler semua hari dengan hijau dan biru bulan depan? Eceh ceh!

THE HARDEST PART

Ermmm, must say, balik kampung time :-s. Sampai ader sekali gadoh dengan mak+abah+ima sebab aku xmo bawak balik nasik lemak tsunami uhuks :(. Tak pasal2 jadik anak durhaka, cemana tuh?

Korang jangan tak tahu, haku struggle giler nak dapat balik no 64 kg nih huhuhu... asal balik kampung ajer, bergadoh psl makan. Asal balik kampung jer, bergadoh psl makan... asal nak makan ajer, aku musti balik kampung [eh! :-s]... kalo aku listkan sessi penimbangan peribadi haku sepanjang 2 minggu struggle nih musti korang pengsan +_+ sebab aku pun cam nak pengsan tgk number yg fluctuate.

Means minggu2 lepas, adalah minggu kembali ke pangkal jalan. Bonus lah dapat reduce 0.6 kg nih sebenarnya walaupun lepas balik kampung, berat cepat meloncat balik ke 65-66-67 kg. Tak percaya? Percayalah...

Meh aku share kronologi sessi timbang berat haku pada 2 minggu terakhir. korang jangan ikut pulak, aku mmg dok follow sejak akhir2 nih. Ideal time to weigh in is in the morning glory dan jangan lah tetiap hari. Kang kuciwa pulak, seminggu sekali, sebulan 2 kali or sebulan sekali is the besh.

Tengok tang hari2 terakhir, berat ting tong balik mmm...

19th: 67.9 kg [-]
20th: 66.8 kg [-1.1]
21st: 65.8 kg [-1]
22nd: 65.7 kg [-0.1]
23rd: 65.1 kg [-0.5]
24th: 64.3 kg [-0.8]
25th: 64.2 kg [-0.1]
26th: 64.9 kg [+0.7]
27th: 64.4 kg [-0.5]
28th: 64.3 kg [-0.1]
1st: tak weigh
2nd: 64.4 kg [+0.1]
3rd: tak weigh
4th: tak weigh
5th: 64.0 kg [-0.4]

Note: tapi sebab nak amik measurement vs bulan lepas so aku kena amik 64.6-64.0 lah kan, tuh psl weight loss bulan nih jadik 0.6 kg.

Yang awal2 just lepas balik kampung mmg turun cepat giler... dekat 1 kg turun per day. Means berat mmg fluctuate.. dah 2-3 hari lepas tuh baru turun berat consistancely...

26th tuh hari balik kampung. tapi mcm tak logik pulak. sebab aku timbang awal pagik means sebelum bkfast. dah malam aku sampai kampung tuh aku makan shakes maybe lewat sgt kot, shakes kul 12 tgh malam kan. pastu air lagik, pastu masuk tido maybe effect weight kot. consider timbang kat kampung maybe ader beza sket dengan timbang kat umah [scale xsama + tempat timbang berubah]. tapi naik is still naik ggrrr.... pagik pulak, b4 mkn pisang awal pagik tuh, turun sket jadik 64.4 <--nih timbang kat umh bkt gedong... mmm... THE CONFIDENT

Aku confident berat haku tak turun giler 1-2 kg per month dah wahahah!!! confident jenis aper nih :P. so kalo dapat turun 200g, 400g or 600g, aku dah bersyukur dah. Sekarang nih jenis loss less than 1 kg agaknyer. Oklah dari tak turun langsung. fluctuate ke atas mmg xdapat nak di elak dah. Will happen eventually :D. kasik turun sampai ke target area, lepas tuh dia naik 1-2 kg, aku dah tak risau sgt dah :D.

Menurut Adik Coach: walaupun aku dah ader kat normal weight tapi normal weight haku borderline [bukan BORDERS kat Queenbay Mall tuh :P]. Means max normal weight range. Bila2 masa jer leh jatuh balik ke overweight range kalo aku tak jaga diri. So untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku, haruslah berwaspada dan beringat bahawasanya aku musti turunkan berat haku at least ke minimun normal weight range haku.

Lepas tuh kalo dia nak fluctuate 1-2 kg ke atas, xder lah haku nak terkujat atau demam kura, means aku tidak perlu risau lagik :D [baca dalam intonasi kegumbiraan aheheheh]. Tapi bila nak reach tuh, hanya masa dan attitude haku saja yang akan menentukan [baca dalam mode serious].

Pikir2 balik dari aku turun 30 kg dalam masa 2-3 bulan, pastu naik mencanak cam yoyo bila stop, baik aku turun 30 kg dalam masa 2-3 tahun dan berat maintain. Itu objektif asal kan. Kita nak berat badan ideal dan stay until when-when [akekeke]. No point la penat2 turunkan berat dalam masa yg singkat dan berat naik balik sebab body terkejut punya psl. Kita pun xsempat nak adapt habit baru [cara makan, workout bla bla bla], xsempat nak train perot dengan proper portion dan apa saja yg sama waktu dengannya.

Ader ke yg turun 20-30 kg dalam masa 2-3 bulan? Ader! Alhamdulillah, aku salute korang, tapi make sure maintain kan hingga sekarang. Sebab kalo turun dalam masa yang singkat tapi tak maintain [even worse, berat naik balik 10 kilo or double worse lagik, berat kembali ke berat asal :-s, erkk.. gulp! mintak simpang yer], perjuangan kita adalah sia2 -bercakap untuk diri sendirik jugak-.

THE WORKOUT

Workout pattern haku mcm ader musim :D. Maksud haku, haku cepat bosan ker, atau cepat beralih arah ke workout yg lain, aku pun xpasti ahehehe. Tp yg pasti workout haku tak benti lama, at least dalam seminggu mmg ader buat. Cuma kalo korang perasan, aku kejap2 ada 1 time tuh gila yoga, yogaaaaa ajerrrrr 2-3 kali tuh... ada 1 time tuh gila spartan, spartannnnnn ajerrrrr 2-3 kali tuh... giler dumbell, dumbelllll jer keje nyer hari2... giler hiking, hikingggg jer keje nyer 2-3 hari dalam minggu tuh akekeke... nih tgh cakap kes demam hiking bbrp hari yg lalu lah nih. Minggu nih dah 3 kali panjat Bukit Jambul muhahahha! mentang2 dekat dengan umah, bukit pendek pulak tuh, dah tahu jalan, dengan eksyen dan gigihnya panjat solo. Tp kena hati2 lah... tak mo sesat lagik, mmm...

THE PICTURE

Ini pun bukan gambo terbaru, nih snap masa hantar Kanis balik KL harituh. Kira tgh bulan means masih dalam month of Feb lah jugak kan? dekat2 lah tuh. Disebabkan turun 0.6kg ajer, so maybe xder beza sgt dengan rupa bentuk bulan2 lepas... what do I expect :-s...



...versus...





...versus...



Last but not least my stand-alone-picture. Snap hari lain, baju pun lain kan. Esoknyer kot sebab aku kuo dengan Ima g Queensbay Mall.




Plus nak kongsi gambo2 lama, tak der dalam simpanan haku nih. Di cilok dengan permission oleh owner gambo untuk amik dan tempek di sinik [kawan2 di FB] so enjoy my b4 picture ahehehe...

...cak!


...cakucak!!!


Kih kih kih... lama tak tanya soklan cepumas nih. Gambo last sekali, di mana kah saya? kuang kuang kuang... :))

My Weight Loss Progress End of Dec 2009 + End of Jan 2010



Salam,


---------------------------------

WEIGHT:

Now 64.6 kg (was 64.8 kg)
Loss 200g

Alhamdulillah...

---------------------------------

Chest: 89cm (no chg)
Waist: 82cm (no chg)
Arms: 29cm (no chg)
Thighs: 57cm (no chg)
Hips: 97cm (no chg)

Loss 0 cm

Jeans size:
32 now (no chg)

Alhamdulillah, Amin...

---------------------------

Overal summary sehingga ke hari ini ialah:
Dah makan Herbalife: 1 tahun 10 bulan ++
Overal kg lose: -30.4kg
Overal inches [cm] lose: -77cm or -30.31 inches
Overal jeans size drop: 12 size [from 44 to 32 now]
Overal clothes size drop: 3-4 size [from 3XL to M] some pattern of shirt still L

Alhamdulillah, Amin...

----------------------------------

NOTA KAKIKU

Nih dah kira merangkap 2 bulan punya weight lose update ahehehe. Sebab end of Dec 09 aku turun 200g tuh dan tak publish konon nak tunggu kot2 nak turun lagi. Sehingga ke hujung bulan nih, berat fluctuate around this 2 #... 64-ish, 65-ish... so last2 declare jerlah berat 64.6kg nih as official weight lose untuk 2-2 bulan nih. Senang citer, berat stag lah yer :D.

Sedih ker? Xjugak. Again, proof that walau dengan makan biasa dalam sebulan nih without herbalife shakes, berat haku tak naik mcm sesetengah orang yang naik giler2 lepas stop product. Again, proof that, herbalife [and i believe other product too] sebenarnya bantu kita lose weight... dan once kita stop, kita sendiri kena belajar jaga portion, perati portion makanan sendiri. Jangan kembali ke cara makan yg lama, continue exercise/workout, continue minum air dan apa saja yang sama waktu dengannya.

Saya pun xstop mendadak nih. Kalo tgk menu calendar, start herbalife with...

1. 2 shakes + 1 normal meals + cheating here and there
2. 2 shakes + 1 normal meals + healthy snack + cheating here and there
3. 1 shakes + 2 normal meals + healthy snack + still cheating + start workout
4. 1 shakes minus the F3 + 2 normal meals + still cheating + still workout
5. 3 normal meals + healthy snack + still cheating here and there + still workout

Ini pun terasa nak start shakes balik with F3 sebab terasa macam nak lose kan lagik 5kg ehem2... Mmg dah ada dalam normal weight tapi stag lama2 atas pagar nih terdetik gak hati, buat haku risau huhuhu :-s. Serious, tak pernah nampak scale terjun hit number 63kg. Dia dok ting tong ting tong 64-65-64-65... ish ish ish... nasib baik tak tunjuk 66kg, tak pasal2 aku pengsan tergolek wahahaha :)).

Teamix still minum dan aku perasan kalo teamix is not around, aku leh amik aper2 teh [biasanya kat kampung] without adding sugar macam jaman muda remaja ku aheks. Means tea without sugar is note a problem. Tapi kena make sure aku yang bancuh lah, bukan Ima or abah. Kalo Ima, musti letak gula, abah musti letak honey [which actually honey is good] tapi aku prefer plain tea. Oh yer, kat umah sangat jarang nampak tea. Kalo ada tea, means aku nyer atau mak. Kopi is everywhere.

THE CALENDAR MENU



Tadaaa... ok you can start see the merah2 out everywhere lah kan... dan start makan biasa, on-off-n-off shakes dah nih... banyak biru sebab dah start snacking... amboi2. But blue means still 2 shakes + 1 normal meals but ada additional healthy snack ok bebeh! Kuning either shakes sekali 1 hari or ada cheating menu here and there. See, even cheating menu, even amik snack, even g KL dan makan leh tahan 'meriah' baru2 nih, aku still cont workout dan aku still continue lose weight - walupun 200g cuma :-s. Inches jer tak gerak, ehem...

THE HARDEST PART

Hardest part nyer... ermm control portion :D. Masih learning process. Ada hari terover protien. Ada hari tak der carb. But mostly everyday musti makan 3 kali sehari. Tak der skip breakfast. tak der skip lunch dan tak der skip dinner. Kalo balik Balik Pulau lagik besh, siap ada fasa2 breakfast lagik huhuh... again, proof, makan sikit2 tapi kerap2 pun salah 1 teknik jaga portion. Bila dah kerap2 makan so tak der lah nak ngap everything bila sampai lunch hour. Sebab perot masih kenyang dengan makan kecil2an tadih pagik.

THE CONFIDENT

Confident level dah tinggi wahahah :)). Sebab aku tahu sekarang, dengan makan biasa berat haku tak kan naik giler... cuma aku nak turunkan lagik bbrp kg supaya jiwaku tenang dan aman tenteram wahahaha :)). Aku macam confident jer, kalu amik shakes balik with F3, musti leh turun 5 kg [in what time, depends on my effort lah ok] and when I stop, InsyaALLAh, weight akan stag just like this... with regards aku adapt my current eating habit which is:

1. eat 3 times per day
2. don't skip breakfast [i'm a breakfast person :P]
3. drink ur plain water
4. watch ur portion
5. if happen i need snack, try choose fruits or healthy snack [kalu tak dapat, belasah dengan kadar sederhana jerlah ok]
5. continue workout

THE WORKOUT

Alhamdulillah, dah sentiasa workout walau tak hari2. At least dah tanam dalam diri, lose weight alone with take care ur portion is not enough. We must exercise. Tak kira lah cemana sekali pon... exercise jer... sejam tak mampu? Buat 1/2 jam. 1/2 jam tak mampu? Buat 15 minit. 15 minit tak mampu? Buat 5 minit. 5 minit tak mampu? korang g tido lah... tido pun exercise gak... tido belah malam exercise, tido siang mmg nak 'bela' badan >:). Tido lepas lohoq tak per, jangan tido lepas asar, letih badan karang...:P. So sleep wise :D.

THE TESTIMONIAL

Tak der video tape nak tunjuk sini lah kan, verbal talk only ahehehe... sila bacer...

From Jamy: Engineer lama haku cuma dah tukar department sebelah..

Jamy: Miza, hang tau budak2 sebelah dok panggey apa kat hang?
Aku: *angkat kening + blur2*
Jamy: The Biggest Loser!!! Wahahah :))
AKu: Chaih! Ingat nak kutuk ke aper tadih... wahahaha *tambah gelak*

From Makcik Jah: Kawan kilang mak, mai umah masa nak me-manggey anak dia kenduri

Makcik Jah: Assalamualaikum..
Aku: Waalaikumussalam *sambil bukak pintu*

Mode: Macik Jah tak masuk, seolah2 kompius, dia salah masuk umah orang lain ka apa...

Aku: Makcik Jah nak jumpa mak ka? Masuklah, sat orang panggey mak!
Makcik Jah: Nih Miza ka? Awat yang berlain nih... kuruih nooo... *nasib baik kenai muka aku lagik*
Aku: Miza lah nih...
Makcik Jah: Awat hang sakit ka, ka hang makan ubat kuruih? *dahi berkerut sejuta, akekeke :P*
Aku: erkk? :-s *pulak dahhh*

From Emily: engineer lama jugak, pindah ke department sebelah [apasal semua engineer haku asyik pindah2 nih wahahah :))]

Note: nih aku copy dari msn chatting ok, aku amik mana2 yang penting jer lah.. kang korang muntah nak baca pulak... letihh aku edit nih... :-s

Emily says: u r getting slimmer n slimmer, jealous la
Emily says: btw, do u stil take the herbal life thing?
pfs6450 says: no
Emily says: n do u skip meal? exercise?
pfs6450 says: on off oledi
Emily says: then how u do that?
pfs6450 says: sometime take, many time dah tak ambik oledi, learn to keep my portion, makan seperti biasa sekarang, no skip meals, take all 3 normal meals, breakfast, lunch, dinner. just not like heavy like before, now learn to take in correct portion. exercise, yes... dulu tak pernah, sekarang sudah sedar exercise penting akekeke. but i dun go to gym. exercise at home saja. i do yoga oso at home. interval training, even JM workout 30 days shred. jm = jillian micheals yang the biggest losers punya dvd for workout tuh. but i download from torrent wahahaha. sometime i do take kfc, mdc, karipap, naik goreng... as a treat to my self laaa.. the go back to normal portion. normal portion means still got rice+chicken+veggies, means carb+protien+fibre... everything must have, no skip... cuma qty tak sebanyak dulu... aheheh...
Emily says: oic, but u reali success =), congrat!
pfs6450 says: toche2
Emily says: u do yoga oso? from DVD?
pfs6450 says: no, yoga just watch from u tube. so many video there, i pick that i think suit me. i folow this http://www.youtube.com/watch?v=yf1MtRZx_J4 got 4 video in this part, towards end still in learning... the 1st video can do without cheating a he. you can go to my blog, i publish my daily menu everyday... so i know what i eat everyday and alert if i overeat... http://pfs6450.blogspot.com/
Emily says: wah, so organise ah, =)

Terpaksa cut here and there... yg lelain banyak sembang psl control protion [which i'm still on learning process too] so marilah bersama menuju kejayaan aheheheh...

THE PICTURE

Tadaaa... latest picture. try cari baju sama, nih yang aku dapat carik dan compare. Beza bentuk badan masa 64-is dan 65-ish tak banyak beza, cuma bahagian perot dah nampak bentuk sikit... dulu membulat kebawah terus, tak der cutting. Pusat mana satu, perot mana satu pun tak dapat beza :-s. Sekarang dah ada division, bukan abs lahh... cuma perasan ada curve sikit akekek... mmg aku tgh perasan wahahah :)). Teruskan usaha workout untuk menchantek kan bahagian perot ini. Lain2 body part, tak der ketara, same as before. Ini jer yg aku nampak ketara bezanyer...



Ok, 1st picture nih adalah gambo yg sama, di snap pada hari dan waktu yang dekat2. tujuan aku snap cam nih sebab nak tunjuk beza part perot. Kalo belah kiri tuh, baju jatuh so tak nampak actual body cemana. Jadik aku snap lagik 1 tapi kali nih, aku tarik baju aku kebelakang supaya korang leh nampak actual body haku cemana. gambo belah kanan tuh lah. Nampak beza kat perot tuh. Itulah curve dan alunan ombak yang aku cakap kat atas tadih ahehehe. Tak pakai baju body fit lah so tak dapat tunjuk. Terpaksa mem-fitkan baju yang tak body fit untuk tunjukkan area perot akekeke :P. Jangan maraa aarrr... >:)



Ini gambo lama vs gambo terbaru. baju yang sama nih. Cuma suo tak sama. Aku notice 3 bender:

1. Pipi nyum nyum. Walaupun pipiku sekarang masih chubby tapi beza pipi gambo kiri dengan pipi gambo kanan, leh nampak lah susutnyer, walau tidak sebanyak mana. Pipi nih mmg tak mo surut ker? Ker mmg dah aset! Alahai... oh pipiku!
2. Isi betis dan peha nyum nyum. Mmg suo tak sama so tak nak declare lah kan. Anyway, kesendatan betis dalam gambo kiri terasa senak dan sesaknya kalo nak compare dengan suo kanan. Walaupun suo kanan besar tapi leh nampak lean badan haku better dari gambo kiri. Gambo kiri haku rasa mcm azab ahahahah :)). Ok2, kesian gambo kiri aku... berjanjilah tidak kembali ke pangkal jalan... >:)
3. Badan straight cam kotak vs badan ada curve sikit lah akekeke [nak jugak mention part tuh wahahah :))]. Agaknya kalu aku sengaja tarik baju ke belakang masa gambo kiri di ambil, jangan kata curve, terus nampak perot bulat ke depan dan makin men-kotak badan haku wahahah :))... padahal gambo kiri tuh aku guna dulu untuk testimonial lose weight, sekarang jadik comparison picture dah pulak >:). Oklah... the past is past... apa yang ada sekarang, improvekan lagik ok bebeh.



Nih hah gambo asal, karang cakap aku edit pulak. Tak der edit yer, mmg cut amik dari tuh dan buat comparison.



Saja nak compare gambo 2 bulan lepas dengan gambar terbaru nih. Ok tak banyak beza kan. nama pun weight stag. beza mendernyer. cuma again, saja nak tunjuk part perot akekeke... gambo kiri straight ke bawah jer padahal pakai baju ala2 fit nih. baju kanan, baju tak fit yang sengaja di fitkan, dah nampak curve perot akekeke. Aku dok teringat tube x-ray nih ada wording curve, sekali terus letak wording curve kat badan sendirik :P.

2-2 gambo di ambil dalam keadaan exhale ok. Tak der tarik2 nafas/inhale segala bagai... mmg 2-2 gambo tgh relex dengan bagusnyer. Keadaan body masa exhale dan tiada peng-edit-an :P. Oklah... sekian saja perbincangan kita pada hari ini, bertemu lagi pada masa akan datang.

Rasanya tak der eleborate giler2 dah, sebab shakes pun dah stop [stop for the meant time only, trial error makan seperti biasa, if stag like now... akan sambung balik sebab masih nak lose another 5-10kg more] jaoh lagik perjalanan ini... kalao aku rajin, aku akan eleborate more macam dulu2. The next weight lose, if any, aku akan declare in short note jerlah kan. Any lose inches pun sama. As for now... I'm happy being current Miza. Will be more happy if current Miza lose another kg in future akekeke... go Miza go!

My Menu Calendar: How I Do It?

Salam,

Email nih agak lama gak.. erk, tak der lah lama mana, bulan lepas nyer soklan. October 2009... but I think it worth to share. This is regarding my menu calendar. Pada sapa2 nak track betol ker amik 2 shakes + 1 normal meal, leh lah guna method nih.

KJ send email tanya pasal mender nih... and this is what I reply to her... saya ada delete certain2 personal msg which is not need to show to the public here ehehe! Yang penting2 ada dalam nih... ok, selamat membaca...

Sebelum tuh, nih cara2 nak baca posting nih [wah!]:

Soklan KJ: HIJAU
Jawapan saya: HITAM
Add sket description and nota kaki from my self: BIRU

-----------------

Assalaimualaikum wbt

Miza...kalau kaler-kaler hijau tu good food apa yg awak makan hari tu yer..


akak dok stagnant kat 76+-77+..jeles pulak tengok awak dah makin turun kg...yg malang nya akak tak ukur cm size..


Salam

KJ

-----------------

Salam KJ,
Attach here is sample of my food calendar hihihi...

korang leh tengok contoh kiri kanan blog haku nih, inilah sample excel file nyer...


akak leh tengok yg hijau aper ader di dalam tuh

yg nih korang tak nampak, actually sama jer,
aku copy buat short note apa aku makan harik2,
aku letak dalam 'insert comment', so I know what I eat that day.
That short note is as simple as:


shakes
nasik+ayam+sayur

shakes

so aku tahu kotak calendar pada harik tuh is GREEN!

normally tuh harik2 saint arrrr
mmg betol2 amik 2 shakes + 1 normal meal
tak der tipu
tak der cheating
kompom hijau

cth makanan during GREEN:
below are sample of my daily menu; based on breakfast+lunch+dinner or based on puasa menu which is sahur+berbuka+supper:

1. shakes+[nasik+ayam+sayur]+shakes
kompom nasik is carb, ayam is protien, sayur = fibre, sumer ader :D

2. shakes+nasik goreng paprik+shakes
note that nasik goreng paprik ader nasik+mix ayam and veggies so sumer ader: [nasik = carb] + [ayam = protien] + [sayur = fibre]

3. shakes+bihun sup+ shakes
note that bihun sup ader bihun [carb] + telur [protien] + mix veggies [fibre]

4. shakes+nasik ayam + red dragon + shakes
note that nasik ayam hanya ader nasik+ ayam jer, so carb and protien only... no veggies? that's why amik red dragon... fruits = fibre... ganti sayur... but better have sayur lah kan... ini dah takder, so saya carik alternative fibre which is from fruits. so i still have complete normal meal with complete portion in it.

Akak patut start amik cm/inches measurement by now...
bukan kena amik harik2 pon kak... samer macam weight, saya amik sebulan sekali
matilah nak check harik2... lagipon body takes times to change :D
so sebulan tuh kira acceptable la kalo nak tengok changes
with regards, mmg betol2 follow menu lah...
kalo ada cheating, erkkk... macam harik2 'kuning' saya... akan effect lah kan... mmm....
kalo harik2 merah... lagik lah parah >:)

1 lagik, akak tak workout ker?
kalo betol2 xer masa, buat ajer crunch depan tv
sambil tgk tv, time iklan tuh, turun darik sofa, buat crunch sampai abeh iklan
then sambung tgk citer balik
iklan, buat balik crunch
at the end of the day tak sedar citer dah abeh
dah akak dah buat series of crunch
better then doing nothing kan :D

*crunch nih cth jer, akak leh buat aper2 yg akak rasa senang lah, even as simple as breathing exercise, it's ur choice*

manalah tahu segan buat depan anak2 depan tv tuh akekek, so kalo choose breathing exercise, orang tak nampak kan, crunch, nampak sah2 hihihih... again, it's ur choice :D. cth breathing exercise...

put it this way... the more time u do ur workout, the more muscle ur build
the more mucles ur build [during workout], the more calorie u burn
the more calorie u burn, the more fat u lose :D

akak cakap kg dok stag kan? dan tak amik body measurement plak
ntah2 inches ader lose tapi akak tak sedar
tuh psl amik body measurement is important... sama penting mcm amik body weight gak
both will show how ur body progress
hariknik start amik weight+body measurement... track monthly... boleh kah?

if u like... leh guna calendar nih
to track ur food intake
tak nak publish pun xper
buat buku nota sendirik
sdn bhd alert dirik sendirik
baru tahu cheating tak cheating
kita igt kita makan betol
rupanyer cheating tak hengat wahahaha...

tengok lah awal2 bulan saya masa dieha start track.. merah giler the first 3 month
memang nak pengsan
lepas tuh , dah track... baru makan betol balik....
means start takes shakes religiously balik ler
ada gak cheating days but not as worse as before...
that's the time my weight start turun balik... :D
it's work!!!

kalo tak paham psl calendar nih, leh tanya saya balik
or direct tanya dieha... mana tahu salah isi ker aper..
kadang2 saya pun ader tersilap isi gak... :P

note that bulan lepas aku leh salah isi 1 kotak, chaih! :P


some link for u...

to know more about calendar menu, goto dieha blog:
http://myh3rbalif3.blogspot.com/2009/08/adiehas-coloured-menu-calendar-method.html

to know more about exercise, leh go check both blog, me and dieha nyer...
http://myh3rbalif3.blogspot.com/2008/03/workouts-i-do.html

this is my excersice link...
http://pfs6450.blogspot.com/search/label/MY%20EXERCISE%20ROUTINE%2FTIPS

----------------------

Ok, aku ada add new section kat tepi kalo korang perasan. 1 link direct go to the creator... you know who [dah bunyik macam Harry Potter plak :-s]. Link as I provided above. 1 lagik link, is my self tracking nyer link, leh click HERE. Rasa baru publish 2-3 posting pasal menu calendar nih. For those who dunno how it's work, this is the simple explanation how I do it!


Remember! Everybody is in learning process, we bump into wall, we bounce back. Ask if u stuck!



Ok, sekian imbasan untuk kali ini. Kita jumpa lagik malam nih :D.

My Weight Loss Progress End of Oct 2009


click image to enlarge

Salam,

Officially to annouce, aku dah dalam range ideal weight. Aku tak dapat nombor yang muncul 2 minggu lepas atas scale kelmarin [which is lower than this, yg nih increase bbrp gram tapi dekat2 jugak lah... mmm... blame the red flag?]. Tak baik kan... oklah! Blame the increasing of yellow menu. BTW, nak buat experiment sket! Cubit tangan. Aouchhh!!! Cabut bulu kaki. Aouucchhh!!! Erk, ok sah, bukan bermimpi. I'm awake!!! Yippie!!! Berat rasmi untuk penghujung Oct 2009 is 64.8kg. Scroll down to check buku record untuk bulan ini.

---------------------------------

WEIGHT:

Now 64.8 kg (was 65.8 kg)
Loss 1 kg

Alhamdulillah...

---------------------------------

Chest: 90cm (no chg)
Waist: 82cm (no chg)
Arms: 29cm (no chg)
Thighs: 57cm (-3 cm)
Hips: 97cm (-3 cm)

Loss -6 cm

Jeans size:
32 now (no chg)

Alhamdulillah, Amin...

---------------------------

Overal summary sehingga ke hari ini ialah:
Dah makan Herbalife: 1 tahun 7 bulan ++
Overal kg lose: -30.2kg
Overal inches [cm] lose: -76cm or -29.92 inches
Overal jeans size drop: 12 size [from 44 to 32 now]
Overal clothes size drop: 3-4 size [from 3XL to M] some pattern of shirt still L

Alhamdulillah, Amin...

----------------------------------

NOTA KAKIKU

click image to enlarge

Bulan ini actually aku agak, erkk.. what should I say... kurang happy? Sebab my menu calendar mmg show drop of shaking days vs last month. My green days drop 2 days 1 day, my kuning even worse increase from 9 days become 13 12!!! WT tuttttttt... Mmm... maybe yang banyak membantu penurunan bulan ini is my workout and tak banyak red days. Last month my red days was 5 days, this month [Thank God], only 2 days.

Updates: 7 Nov 09 - 10:16pm
Pembetulan:

Ok tadih Dieha review menu, ada 1 salah isi. Yg HIJAU aku g KUNING kan :-s. Ok, aku paste balik menu calendar yang betol. So statement kat atas pun aku betolkan balik ok...

Here is her comment regarding my menu calendar!


The other thing yg buat aku agak gumbira is my cm loss [or the inches la]. Jarang2 bahagian thighs dan hips reduce sebanyak ini. Wow! 6cm loss is quite a big number for me yang dah lama tak nampak area nih drop. Kalo korang perati graph atas sekali, when is the last date these 2 area drop? Thighs was last month, itupun 1cm. Sebelom tuh stuck lama since May 09. Hips mmg darik may 09 stuck at 100cm. Bulan nih, pecah jugak dominasi 100cm tuh :D.


click image to enlarge

Ok, let's move to the graph. Mmm, I'm hitting my ideal weight range now. With height 162cm I should be in min 49kg or max 65kg. Now I am 64.8kg. Nak duduk lama2 di nombor ini ker? Errkkk... I dun think so. MUSTI TURUN LAGIK :D. Now aiming for 60kg I guess. Based on the menu calendar, kalo lah hijau 1 bulan direct, agaknya leh reduce busuk2 pun dalam 2-3kg per month agaknya. Kalaulah aku buat betol2... kalau lah... haih! [hah! meratap xabeh2, usaha sekangkang kera, berangan setinggi langit - uhuks - *sobbing loud*]

The other besh part yg buat aku agak lebar senyum walau tak sampai tinger is my body fat%, water% and of coz my muscle% lah. Last month quite a bit frustrated sebab raya [blame the raya yada yada...] so this month dengan usaha workout 3 kali ganda from last month, kalo tak naik jugak muscle% dan tak drop body fat% haku mmg kompius 18 hari. Ok, let's review my body FWM% this month.


click image to enlarge

So overal:

Body fat drop -1%
Muscle gained +0.7%
Water gained +0.6%

What a day...

Tambahan sket, kalo korang perasan aku dah kalerkan balik bulan2 awal haku dengan workout tracking days. Bukak balik workout log haku dan isi balik tempat2 kosong workout haku yg sempat aku catit. Leh nampak lah berapa kerat haku haku workout since aku tracking it :P. Tak workout harik2 pun kan. But at least workout jugak dalam sebulan. Worse come to worse sebulan sekali, kalo itu yang korang mampu, do it! Don't wait until kesedaran timbul ka, sampai seru ka, apa saja alasan. Just do it!

Aper lagik yer... tak der aper dah kot. Sekian, laporan untuk bulan ini. Berjumpa lagik pada sessi timbangan bulan hadapan with more kg to lose :D. [Wah! Tetiba dah start yakin, sebulan musti drop 1kg]... muhahahahha!!!!! *evilcute laugh*

My Weight Loss Progress End of Sept 2009



Salam,
Alhamdulillah... Lepas raya pun masih turun gak. Ngeri sebenarnya masa raya first dan 2nd sebab timbang dan nampak naik, fuh fuh, cam nak pengsan tgk nombor :-s. Haku jadik obses naik scale hampir 2-3 kali sebab nak tgk nombor tuh saja meloncat2 [fluctuate] disebabkan penangan raya atau mmg naik betol :-s.

Turn out, fast drop jugak lah... so aku tahulah, nih disebabkan penangan raya... but still menggerunkan uhuhuh... Last aku timbang is on pagik 1.10.09, tarikh yg aku amik hariknik sebagai tarikh weigh lah kan. Konon nak timbang pagik tadih, 2.10.09 tapi pikir2 balik dah red flag, kebarangkalian nombor naik 2-3 gram adalah sangat tinggi so tak mao arrr timbang wahahahah...

Nih summary haku lepas raya, harik2 yg haku sengaja naik timbang sebab nak tengok apa jadik sepanjang hampir seminggu tak sentuh shakes... jeng jeng jeng...

Sept 09 weight track
13th: 65kg *inilah kali pertama nampak nombor 65 without nombor2 kat belakang... sekali nih jerlah... lepas tuh tak nampak dahh wahahah :))*
19th: 66.5kg *kembali ke weight asal*
21st: 74kg *pengsan! betol ker?*
24th: 68kg *fuh, turun... anggap 21st nyer = penangan raya :P*
29th: 67kg *turun lg...*
30th: 66.6kg *turun lg...*
1st: 65.8kg *turun lg...*

Jadik berat rasmi untuk penghujung Sept 2009 is 65.8kg. Oklah, cam bese, report kat bawah... Mari check buku record untuk bulan ini.

---------------------------------

WEIGHT:

Now 65.8 kg (was 66.5 kg)
Loss 0.7 kg

Alhamdulillah... :D

---------------------------------

Chest: 90cm (-1 cm)... Alhamdulillah :D
Waist: 82cm (no chg)... Alhamdulillah :D
Arms: 29cm (-2 cm)... Alhamdulillah :D
Thighs: 60cm (-1 cm)... Alhamdulillah :D
Hips: 100cm (no chg)... Alhamdulillah :D

Jeans size:
32 now (no chg)... Alhamdulillah :D

Hihihi... mari teruskan amalan bersyukur ini walau apa pun yg terjadik, Amin...

Overal summary sehingga ke hari ini ialah:
Dah makan Herbalife: 1 tahun 6 bulan
Overal kg lose: -29.2kg
Overal inches [cm] lose: -70cm or -27.56 inches
Overal jeans size drop: 12 size [from 44 to 32 now]
Overal clothes size drop: 3-4 size [from 3XL to M] some pattern of shirt still L

----------------------------------

NOTA KAKI, TANGAN DAN MULUT :))



1st cam biasa, tgk graph, xder aper nak elaborate sangat sebab graph still tunjuk pattern turun hihihi... Agaknya kalo 1.10.09 kelmarin, haku tak red flag, agak2 korang, weight haku drop to 65kg tak? Wahahahah!!! Kalo turun 65kg, dengan rasminyer aku isytiharkan cuti sebab aku dah ideal weight >:). Tapi belom lagik lah kan... so tak leh nak kasik korang cuti akekeke...

Tapi kalo korang perasan, bulan nih even haku skip F3, aku loss inches [cm lah kat dalam table atas tuh] :-s so erkk.. agak surprise jugak nih. Adakah haku patut stop F3 untuk biar inchess drop lagik... leh pakai jeans 31 bulan depan, wakakaka.. tak der lah. Haku dah makan F3 start yesterday so akan ku teruskan cam biasa. Mmg without F3, terasa kuch kuch hota hai... muhje nahi malummm... tapi ku layankan jua :P

Summary for inches [haku kira cm loss] dah 2 bulan berturut2 lose 4cm means 2 bulan dan loss 8cm serata badan lah wahahahaha... bunyik cam besh. Dah lama arms dan thighs tak bergerak. Bulan nih nampak pulak bergerak huhuhu, terharu haku pada diri sendirik.



Mmm... teruk kan? 5 harik saja workout bulan lepas... tak nak cakap aper lah hahaha :)). Graph pun naik comel jer kat hujung tuh. Orang nak smooth, turun dan turun terus, yg naik musti naik dan naik terus.. ini macam ada dahan kena patah kat sinik akekek... 3-3 graph sumer sama :P.

Kalo korang perasan gak, calendar background yang baru nih ada adding something new. Aper itu? Aku add 1 option, haku nyer workout day tracking. Yang white font tuh harik haku workout. Leh nampak tak?



See? 10 harik workout on August vs 5 harik workout on Sept tapi impact nyer fuh fuh... Leh tahan gak lah. 3 minggu terakhir bulan Sept tuh senang citer tak workout langsung lahh... Teruk teruk teruk... haiiih! Baru stop workout kejap, dah tungging langang nombor. bayangkan kalo tak buat langsung huhuh :-s. Insaflah... kembalilah ke pangkal jalan :D [bercakap pada dirik sendirik nih...]

Overal mari check graph kat bawah. Rajin create plak yer akekek:



Fat% increase 1.4%



Muscle% drop -4.1



Water% drop -2.3

MORAL OF THE STORY

- marilah bersenam :D
- kurangkan makan nasik kandar, jangan kembali ke habit lama yang menjerumuskan dirik ke GUHUMS stage :-s
- bersyukur dengan apa yang ada pada dirik sendiri sekarang *mode insaf*

Oh ya sebelom terlupa, target nak achieve baper yer? kalo ikut trend number, mcm haku drop at least 1kg or less in a month... 1st haku just nak kasik dapat ideal weight dulu which is 65kg. So bunyik BMI pun sedap lah... MIZA, YOU ARE NORMAL WEIGHT. Sekarang 65.8... MIZA, YOU ARE OVERWEIGHT... uhuks... hancur luluh hatiku...

The rest... let it be... anyway by the end of this year... harap2 [ehem - clear throat] nak jeans size tuh bertukar leh tak? Wahahahha :))

GAMBAR?

Erkk.. rasa mcm dah publish banyak gambar dah 2-3 posting lepas kan kan kan... Gambar raya 2009 kat sinik dan sinik, gambo raya dulu vs raya sekarang kat sinik. Nak gambar lain jugak ker? :-s...

Ok... ada sikit bbrp gambo snap dalam toilet 2-3 harik lepas... layan...





Progress tak nampak kalo tak der comparison... ngeh ngeh ngeh!




Tak nampak pulak, tak berapa berdiri betol2 yg 95kg nyer picture. Ok lagik 1 haku upload. Nih masa haku dah sebulan with HL... dah turun 93kg, dah ada snap picture tepi... nampak lah beza kan... fuh fuh! Letih tgk gambo lama nih...mmm...



Last sekali, gambo melayan perasaan 1 akekeke...

Ok, cukup lah kot nooo. Letih haku posing maut nih wahahah >:)

Sekian, wassalam...

yang benar
pfs6450


ps: berapa banyak perkataan 'perasan' dalam posting kali nih arrr??? :P
top