Salam,
Angka tak berubah lagik... harap2 tak berubah terus lahhh... jaga dirik semua ok...
---------------------
Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia: 29 Ogos 2009
Untuk maklumat terkini layari: http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php
Dimaklumkan sehingga 29 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 442 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 353 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,598 pesakit ILI sedang dirawat di 107 buah hospital termasuk 4 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 365 pesakit (23%) yang disahkan positif H1N1.
Daripada 365 kes yang disahkan H1N1, 48 kes berada di ICU dimana 8 kes merupakan kemasukan baru, sementara 8 lagi kes keluar dari ICU. Daripada 48 kes yang sedang dirawat di ICU, 37 (77%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (13), kanak-kanak/bayi (6), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (1) dan asthma (4).
Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.
Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dimana jumlah kes sehingga 29 Ogos 2009 adalah 246,173 dengan 2,890 kematian yang melibatkan 182 buah negara. Walau bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes.
Kita perlu sentiasa saling ingat mengingatkan agar individu yang tidak sihat dan mengalami gejala demam atau batuk supaya tidak berada di tempat awam, atau menjarakkan diri (social distancing) daripada orang awam. Langkah paling bijak dan bertanggungjawab bagi mereka yang mempunyai gejala ILI adalah berehat di rumah dan sekiranya terpaksa mengunjungi tempat-tempat awam tersebut, mereka hendaklah memakai mask sepanjang masa.
Orang ramai yang sihat juga adalah disarankan agar dapat mengurangkan aktiviti mengunjungi tempat-tempat tersebut bagi mengelakkan diri terdedah kepada jangkitan. Sekiranya terpaksa berkunjung ke tempat-tempat tersebut adalah dinasihatkan supaya dapat membuat perancangan awal ke atas perkara-perkara hendak dilakukan bagi mengurangkan tempoh masa berada di tempat-tempat berkenaan. Di samping itu pemakaian mask juga adalah digalakkan.
Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Di saat penularan jangkitan influenza A(H1N1) yang semakin meningkat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memohon orang ramai untuk terus memberi kerjasama secara berterusan bagi menangani penularan wabak ini.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 29 Ogos 2009
------------------------------------------------------
Sajer jer merahkan obesiti tuh... saper2 yg terasa diri nyer agak guhums/chomel-lote/cute/ dan apa saja yg sama waktu dengannya, berusahalah ke arah kehidupan yang lebey sehat! Saya tahu cemana rasa jadik orang guhums yang chomel :p, I've been there... Carik jalan untuk sehat. Bukan untuk orang lain, tapi untuk dirik sendirik ok bebeh... lose weight now, ask me how muhahahhaha :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment