Salam,
Lama tak update pasal H1N1 kan? Macam biasa amik darik link:
http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php
Anyway, saya dah copy sumernyer kat sini... membaca amalan mulia. Marilah membaca untuk pengetahuan bersama :D. Paling last update jumlah kematian ialah 77 orang. Harinik nyer update, still remain. Alhamdulillahhhhh...
------------------------
Situasi Semasa Pandemik H1N1 2010 Di Malaysia
Bagi Minggu Epid 01/2010 (03 - 09 Januari 2010)
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara. Penularannnya terus meningkat di Eropah Timur dan Selatan, Asia Barat dan Tengah serta Utara Afrika. Kesemua kes influenza A yang dikesan di negara-negara di Eropah adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza A(H1N1). Sementara itu, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia sehingga 27 Disember 2009 adalah melebihi 12,799 kes, iaitu meningkat 4.7% berbanding dengan minggu sebelumnya.
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat bahawa Influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia, begitu juga diperingkat global, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) masih lagi mengekalkan tahap pandemic alert pada fasa 6, tahap tertinggi yang telah diisthiyarkan sejak 11 Jun 2009. Justeru, orang awam dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 terutamanya mereka-mereka yang bersimptom.
Langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh orang awam adalah:
1.
Basuh tangan dengan kerap menggunakan air atau sanitiser, terutamanya selepas batuk atau bersin;
2.
Amalkan adab batuk yang baik iaitu dengan menggunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan jangan berkongsi sapu tangan;
3.
Pakai penutup hidung dan mulut jika mempunyai tanda-tanda demam selsema seperti demam, batuk dan sakit tekak dan jangan mengunjungi tempat awam untuk elakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain;
4.
Elakkan pergaulan rapat dengan mereka yang bersimptom jangkitan H1N1 atau influenza like-illness(ILI);
Dalam tempoh seminggu yang lepas (03 – 09 Januari 2010) seramai 460 pesakit baru dengan simptom Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, sementara 355 kes pula telah discaj keluar. Kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir minggu epid 01/2010 (9 Januari 2010) adalah sebanyak 324 kes di 51 buah hospital termasuk 2 hospital swasta. Daripada jumlah tersebut, hanya 13 pesakit atau 4.0% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Sehingga 9 Januari 2009, jumlah terkumpul kes positif influenza A(H1N1) adalah 12,329. Untuk makluman, terdapat 3 kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU). Ketiga-tiga pesakit tersebut mempunyai faktor risiko. Tiada kematian baru kes H1N1 dan jumlah terkumpul kekal 77 bagi tahun 2010.
Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak memandang ringan atau mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan Influenza H1N1 serta langkah-langkah pencegahan boleh memperolehinya melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.
Sekian, terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN)
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
13 Januari 2010
----------------------
Pada mereka2 yg nak ke luar negara [ehem2] atau yg dah berada di luar negara, ini ada info tambahan sket which actually korang bacer balik perenggan paling atas sebab dia terangkan as global... baca2, jangan malas... :))
Situasi Global
Penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara. Penularannnya terus meningkat di Eropah Timur dan Selatan, Asia Barat dan Tengah serta Utara Afrika. Kesemua kes influenza A yang dikesan di negara-negara di Eropah adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza A(H1N1). Sementara itu, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia sehingga 27 Disember 2009 adalah melebihi 12,799 kes, iaitu meningkat 4.7% berbanding dengan minggu sebelumnya.
---------------------
Seperti biasa, still bab2 jaga kebersihan di titikberatkan [apesal ayat haku cam skema]. Jaga diri kasik bersih, mandi selalu, cuci tangan selalu, bersin tutup idong, batuk tutup mulut, bender2 biasa yang tidak luar biasa. Amalkan seperti biasa.
ps: aku bab2 kebersihan nih leka sket, tambah2 dalam bilik... erkkk... spring cleaning 6 bulan sekali >:). Oklah tuh kan akekek!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment