10th Mar 2010 menu update


Salam,

7:30 am pre-workout bite
1 pc prunes

8:20 am workout
1 hour done hiking today!

Musti korang kompius apehal pulak hariknik jadik 1 hr? ahehehe... yup! aku berjaya naik bukit 2x... yeahaaaa!!! bukan tar only. Kali nih naik sampai atas. Then turun, then naik balik sampai atas, then turun. Dengan gigihnyer! Aku start panjat kul 8:20 am, sampai kat kete lepas 2nd round is around 9:40 am, so plus minus 1 hour lah senang citer, merangkap turun, berehat seketika bersama kit kat [walaupun aku tak makan kit kat in between] dan minum air dan melepaskan lelah di taman bunga... kat atas lah maksud aku. Citer penuh kat bawah sekali. Sekarang baca menu dulu ok :D

In between
500ml plain water

10:15 am post workout drink merangkap breakfast
Homemade shakes:
2F3
3 Oats
1 IKO orange
1 Oat Krunch Hazelnut
1/2 cup yogurt
250ml low fat milk

Memang terasa kelaparan nyer. Perot masih terasa kembOng tapi berjaya jugak menelan shakes sehingga ke titisan yang terakhir :P

2:00 pm lunch
1 plate mee goreng sedap
2 pc drummet
1 small plate mix veggies

In between
500ml teamix
1L plain water

6:40 pm dinner
Homemade shakes:
2F3
3 Oats
1 IKO red
1 Oat Krunch Hazelnut
1/2 cup yogurt
250ml low soy milk

In between
500ml teamix
1L plain water

Day 19 without Sundae Cornetto Choc

----------------------

Wah! Esok genap 20 hari tak makan ice cream, akekeke...

Ok, citer pasal trip BJ Hiking for today! tak larat nak kira trip ke berapa dah.. Ini yang ke 5 dah kan?

Aku sebenarnyer kembOng perot dari malam tadih +_+. Xtahu knp. So agaknyer masa jump rope tuh effect perot, tuh pasal sakit... ermmm... xtahu lah haku huhuhu... Sampai ke pagik nih sakitnyer. So dah xder selera nak breakfast before panjat bukit. Tapi satg xder tenaga pulak nak naik atas. So aku jamah lah something sebelom kuo umah. Pisang xder. Prunes pun jadiklah. Makan lah sejibik dan bbrp teguk air buat bekalan kuasa.

Masa round 1st aku naik tuh, aku perasan sorang Cina laki nih, mak aih, laju giler, bukan hiking dah... run-hike dah rupanyer... Punyalah laju :-s. Baper kali dia naik turun tadih arrr? jap nak kira. Masa aku naik 1st, dia potong aku sekali. Masa aku sampai atas, aku nampak dia dah turun balik. Masa aku turun [sebelum naik 2nd round] dia potong aku turun... aik? tak ke kompius tuh? Means diantara tuh dia dah naik 2x dah nih, eh, ke 3 kali? Adeh? Pening2.

So masa dia potong haku turun nih, aku cepat2 kasik dia jalan dulu, sebab nampak dia dah tak menyempat2 dah, aper nak kejar pun xtahu... lepas tuh aku follow turun lari dengan dia wahahah :)). Guna teknik pijak batu, loncat dan loncat dan loncat... maknanya, pijak jangan teragak2 lah, sebab nak kena cepat, jangan pikir. pijak-laju-turun... fuh! mmg sampai bawah cepat!

Dah sampai bawah, xder sign dia nak naik balik, yelah, dah 3x kali dia naik turun, pengsan haku kira +_+. Aku singgah bawah kucil jap. kat atas tadih, mcm tak menarik toilet nyer, ahehehe... nasib baik xterus duduk sebab masa bukak pili air, air tak kuo pon wahahaha :)). last2 kucil jer kat bawah masa turun tuh. Dan bersedia untuk naik kali ke-2.

Masa naik atas nih, aku nampak sorang abang tuh bawak botol air sebesar minyak masak tuh. 3 bijik! nak tolong pun haku dah 1/2 semput so kasik can dia jalan dululah. Dia naik slow jer, tapi xbenti. Kudos lah bang! Cayalah! Aku tahu dia tak benti sebab bila ku potong dia [masa nih aku 2nd round naik], dan benti kejap amik nafas, aku dengar tapak kaki dia pelan-pelan-pelan dengan bunyik air bergoncang kat belakang haku. Bila dah dekat, aku start panjat balik. Bila aku penat, aku benti jap, tak berapa lama, aku dengar balik bunyik tapak kaki dia, dengan air yang bergoncang2 tuh huhuhu. Terasa macam ader stalker kat belakang :-s.

Untuk tidak mahu malu [sbb aku naik bare-hand, bag pun galas belakang jer dengan air mineral water yg tak sampai 1.5L huhuh, dia naik kandang 3 botol air minyak masak tuh aduhaiiiii], so aku meneruskan perjalanan ke atas dengan kadar berhenti yang kurang. Ahehehe.. lagik suku nak sampai atas [aku memang minat nombor suku agaknya], baru aku stop, rasa nak tercabut jantung :)). Tuh la psl, xmo benti lagik, chaih!

Masa nih ader couple, Indian ker Benggali, xsure... ala2 adik beradik lah tuh, sama jer... Aku tak perasan pun derang nih tadih, tapi derang perasan haku :-s

Indian guys: tadih bukan dah naik ker?
Aku: ... [masa nih xder nafas sebenarnya, bukan xnak jawap wahahah :))]
Indian guys: this is your 2nd round kan?
Aku: Yah! Bila u nampak? [ohooo, ada lagik suara aku rupanya hahaha :))]
Indian guys: Tadih kat bawah, masa u lari turun!
Aku: Ohooo... sorry, I tak perasan :D
Indian guys: Kami baru pertama kali naik pun tak sampai2 lagik...
Aku: Tak per, 1st 2nd trial memang tak larat. 3-4 kali u dah biasa naik, dah tak rasa.

Memang kalau hari2 naik dah tak rasa penatnyer. jangan benti sehari dua, then naik balik, mmg akan semput kejap untuk hari 1st. 1st is always hard. lepas hari pertama, kononnyer esok naik, musti dah tak sepenat hari 1st. Percayalah cakap aku ahhehehe...

Aku rasa yang laki nyer kuat nak naik terus tapi sebab yang gal nyer benti banyak kali so derang tak sampai2 atas lagik. Aku dah cukup nafas, aku pun sambung panjat. Masa melepasi derang, aku cakap, "go slow, dun wori, i pun penat jugak nih"... pastu dia senyum pastu aku terus naik.

Dah sampai atas, duduk2 minum air jap, basah2 tekak, aku pun nak cepat2 turun lah, bukan nak buat aper lama2 kat atas pun. So aku pun bersiap sedia nak beredar lah nih. Masa 10th tangga yang pertama turun tuh, baru nampak those Indian and his gal sampai kat situ. Aku tegur "wah! u guys made it! jangan benti, lagik 2 minit jer nak sampai atas". Derang gelak2 ajer... sebab obviously gal dia benti lagik ahehehe... xper, lama2 dia tak rasa dah penat tuh. tambah2 dah sampai atas, hilang penat jap!

Masa sampai bawah, terpikir gak nak naik kali ke 3. hahaha! Giler pulak aku rasa, xper kot... nanti2lah buat hatrik 3 kali pulak, keh keh keh. Harinik cukuplah 2 kali. Masa untuk pulang dan bancuh shakes. Ehem...

0 comments:

Post a Comment

top