Salam,
Kena cepat2 habiskan citer Day 3 nih kalo tidak mau meleret menu harik2 lain dok Q huhuhu... lagipun drag lama2, aku jugak yg lupa citer nanti. So baik aku abehkan malam nih jugak ahehehe :D. Ok guys, last day hiking trip punya citer...
8:00 am breakfast
Nasi
Kari ayam
Wholemeal bread+tuna spread
Milo 3in1 hot
10:30 am start hiking
In between
Plain water from water bladder
Snicker bar
Granola bar: Nature Valley
6:30 pm end hiking
9:00 pm singgah di R&R Bukit Gantang
1 glass of Gano ice
--------------------
Workout: 9hrs hiking for today!
Teamix: n/a
Plain water: 4L
DWIC: 16
--------------------
DAY 3: GUNUNG BATU PUTEH HIKING 3D2N TRIP
RED FLAG: DAY 1
Wahahaha :)). Macam tak caya jer... aku leh period pagi last atas gunung yg tinggi tuh, chaih! The besh part is tak bawak pun bekalan pampers sebab aku budget akan kena 2-3 hari lepas balik darik trip hiking. Sekali dia datang awal huhuh :-s. Kat atas aku dengan Ina jer pompuan, pada saper lagik nak ngadu ada extra pampers kalo Ina xder bekalan jugak? +_+
Citernyer cam nih. Mcm biasa pagik2 yg kudus dengan temp paras tak berapa beku tuh, aku pun kuo dari khemah dalam hening pagik yang indah mencarik port mengucil dan konon merangkap yg besar laa, macam ader feel akekeke... sekali masa basuh [ehem2] ada pulak kaler lain... adoyaiiiii <-- aduhai kira tak berapa teruk lagik, ngeluh version light. Adoyaiii kira ngongoi teruk laaa... wahahaha :)). Hilang abeh feel nak memerut, terus aku cepat2 nak masuk khemah nak check betol2.
Sekali Ina baru dok gulung sleeping bag, adeh budak kecik nih, jangan la meleret2, aku nak check cepat nih... dia ingat aku dok tunggu nak masuk semayang Subuh, padahal aku nak masuk check, so mengharapkan dia kuo g kucil ker aper ker... tapi aku segan nak kasik hint, so aku guna version tunggu jer dulu dia betol2 kuo darik khemah. eventually dia akan kuo jugak sebab pagik2 musti nak kucil kan.
Lepas dia kuo, aku masuk dan check betol2, SAHIH DAN BENAR! matilah pengsan +_+. Aku mmg sah kompom tahu aku tak bawak bekalan ala2 pampers naik gunung, so tunggu Ina masuk khemah balik nak tanya kalo ada bekalan pampers yg mungkin di bawak. Ina masuk, aku citer, dia pulak terkedu, sah budak kecik nih pun xbawak bekalan aper huhuhu... Tapi dengan sinar penuh harapan, dia cuba dengan gigihnya carik dalam beg, kiri, kanan, atas, bawah, dalam beg kecik pun selongkar, mmg xder +_+. Apa nak buat nih?
Last2 aku terpikir 1 idea. Potong tuala! Wahahaha... kreatif tak kreatif tak tahulah aku. Di saat2 beginik, apa saja idea yg terlintas mmg aku pakai. So tak kira lah tuala tuh cemana, potong tetap potong, cemana nak hiking dengan keadaan mcm tuh? mahu merah suo sepanjang perjalanan. Nak cover tuala yg dah di potong, aku topup pakai plastic. Jangan gelak! Ini betol2 cobaan wahahah :)). So boleh lah nak save, kalo2 tuala buatan sendirik pun bocor di tengah jalan ker, 'lebat' ker, so plactic ader leh cover... <-- harapan!
Lepas tuh mmg siap2 pakai terus baju nak hiking lah. Rugi pakai baju bersih sebab satg akan lencun jugak di tambah datangnya period di saat yg tak di duga, tak mungkin aku akan pakai seluar bersih nak turun bawah.
Moral: lain kali jangan assume lagik 2-3 harik tak yah bawak bekal. Even lagik seminggu pun schedule nak datang, sila bawak bekalan kuasa. Kita tak tahu apa akan jadik kat atas nanti :-s
Sebelom turun, sessi bergambar lagik. Aku berada dalam keadaan paling selesa masa nih sebab mmg potong tuala agak tebal akekeke, rasa cover jer semua bahagian muhahahha :)). Lepas streatching mcm biasa, doa2 sikit untuk keselamatan dalam perjalanan pulang nih oleh Ustaz Pak Nan, perjalanan pun di teruskan dengan bergayanya.
Awal2 semua mcm pelesit! Punyalah laju. Break pun xdak. Yg belakang asyik psiko yg depan2. Kalo lembab sikit mmg kena potong wahahahah :)). Aku dengan Ina mmg niat nak jalan2 shopping sepanjang jalan, sebab nama pun nak turun kan. Awal2 momentum biasa ajer, tapi part2 curam2 badan automatically terlaju nak buat cemana.
Selepas melepaskan bbrp evo2 yg tak sabar2 nak potong kami, akhirnya kami dengan rentak sendiri tanpa ada evo cucuk belakang. lajunya turun versus masa naik, korang leh kira dan bayang sendirik, seolah2 mcm 4 jam naik bersamaan dengan 2 jam turun. Bertapa lajunya turun huhuh :-s. Kalo kami yg jentera2 berat nih nisbah naik turun 4:2, evo2 tuh jadik 2:1 lah kot wahahaha :))
Sampai kat junction Air Terjun Terbunuh, aku dan Ina tak ikut turun, sebab aku lebih focus nak sampai cepat kat kete [yg masanya ntah baper jam lagik huhuu :-s] sebab aku nak cepat2 mandi, bersihkan diri dengan proper air, tukar ke proper pampers. Yelah kan, kan dah 2 jam berjalan, keadaan tak selesa mula menghantui diri [chewah, bunyik mcm klasik] chaih!
Ali dan Along pelan2 turun dari belakang joint kami yg tgh tunggu budak2 evo mandi kat air terjun nih... sekali dengan Saiful tak salah aku. Along dan Saiful yg evo pun tak turun mandi, so mcm kompius jugak lah haku nih. Ali cakap dia nak start sambung jalan sebab kalo dia stop, dia akan stop lama, so biar dia jalan slow2 tak pa... last2 aku dengan Ina pun turut ikut sambung jalan sama. Ntah cemana tertinggal Ali sorang2 kat belakang akekeke... kesian Ali. Tak pa, aku tau Ali kuat, satg dia sampai lah tuh.
So aku, Ina, Along dan Saiful, meneruskan perjalanan, tapi Along dengan Saiful laju sangat. Aku terasa macam humvee nak melanyak kami ajer masa derang lari turun. last2 aku dengan Ina suggest soh derang jalan depan dulu sebab sahih tak ter-keep up kami dengan kelajuan budak berdua nih +_+. kami makin lama makin slow, sampai Ali pun dah kejar kami balik. nampak sangat letih. Masa nih kul berapa aku pun dah tak sure, tak sempat tengok jam dah, letih sangat dah...
Masa sampai kat Gunung Kak, kami stop joint group2 evo yg dah siap potong kami in between masa dok jalan sebelom tinggal kan Ali tadih. Cemana nih? Bukankah budak2 evo turun mandi air terjun. nak naik balik ke junction water point tuh sikit punya jauh ker, pun derang masih leh kejar kitaorang dan sampai depan sebelom kami, adehhh... nak kata makan tongkat ali, aku pun dah bedal jugak pagik tadih akekeke. Tak kuat2 jugak, tak laju2 jugak. Derang ader makan bender lain nih... tak aci, tak aci! Muhahahhaha :))
Oh ya! Sebab lain benti kat Gunung Kak sebab satg bbrp minit lagik ajer, kami akan melalui balik kawasan rock climbing yg aku phobia kelmarin huhuhu +_+. So aku tak nak turun sorang2. Aku nak ada orang guide, mmg tak leh jalan sama2 atas palang kayu yang halus itu :-s, tapi at least ada orang kat atas dan kat bawah, aku akan rasa secure sket. Botak dah janji nak tunggu dengan Ali masa kami, serikandi2 gunung turun, lepas kawasan ngeri nih, semua orang dah tak risau dah, leh jalan sorang2 pun xper sebab kawasan batu nih saja yang agak merbahaya bagi nelayan2 kecil :P.
Ina dah lepas. Tinggal aku ajer. Sebab aku di hantui dengan imbasan parking silap kaki kelmarin, sampai terbawa2 rasa hesitate tuh ke saat tuh. last2 Ali volunteer turun dulu, dia soh aku tgk cara dia turun, pastu aku leh copy dan turun mcm dia. menjadik! aku turun dengan jaya nya. Yippiiee!!!
Pastu nak turun yg ala2 wall climbing dengan akar berjuntai kiri kanan tuh, aku mula2 nak turun badan ke depan. Cip yazet pesan, naik kot belakang, turun pun kot belakang, satg tersembam. So aku pusing balik, turun ikut belakang. Cuma aku benci tak nampak jalan turun. Kena ushar2 nak pijak mana, tangan nak capai akar mana dari atas ke bawah, lagik sekali hesitate. I dun like that feeling u know bebeh... akekeke :)). Apa2pun perjalanan 2 rock climbing dan 1 wall climbing version semulajadi berjaya di atasi dengan lampu hijaunya, rasa tak besh pulak sebab lepas nih perjalanan dah tak der thrill akekeke <-- yerker? hanya turun, turun dan turun hill saja.
Jangan cakap yer, turun pun letih wooo... aku tak leh nak lari2 turun mcm yg aku selalu practice masa turun BJ. 1 sebab aku ada beban beg di belakang, so nak lari pun, tak leh laju sangat, separa laju boleh lah. 2 sebab kaki Ina dah start sakit. Rules dalam utan, jangan tinggal kawan. Tambah2 yg pompuan. Errkkk... aku bukan pompuan ker? Akekeke... maksud aku, kita nampak keupayaan kawan kita mcm lemah semacam, jangan lah di tinggal2kan. Kalo nampak dia kuat tapi cuma lembab, xperlah, yakin dia akan sampai bawah [mcm Ali] aku berani lah nak tinggal dan teruskan perjalanan. Tapi kalo Ina, tak berani pulak. Muka dah ala2 pucat dah budak kecik nih. kang tak pasal2 semangat juang ilang, dia start duduk atas tanah tak bergerak cemana? Wahahah... :)). So aku slowkan momentum, ikut rentak Ina.
Ada kejadian lawak sikit, ahehehe, aku tak ingat sebelom rock climbing ke atau selepas rock climbing, aku nak kucil lagik. ya salam... banyak ker air aku minum nih, chaih! So aku kasik signal kat Ina soh cover line. Along dengan Saiful kat depan perasan yg kami stop sebab tapak kaki tetiba tak bunyik. So Along dah jerit2 lah, kenapa benti. Ina jawap, emergency. Aku jawap, nak kucil lahhh akekeke... terus Along dengan Saiful gelak, chaih! Hampeh tau budak2 nih. Sekali kat belakang Ali pulak tengah turun bukit. Terus Ina jerit, yg bawah jangan naik [untuk Along dengan Saiful], yang atas jangan turun [untuk Ali]. Ali dengar2 terus ter-stop. Dia tanya kenapa tak leh jalan? Ina jawap, Miza kucil lah! Wahahaha :)). Cemana aku nak kucil kalao tengah gelak mcm nih adehhh... sakit perot haku!
Masa nih aku amik masa sebab nak betulkan pampers jadian aku tadih, tak banyak pulak dia kuo, adakah sebab cuaca sejuk? So aku just kalih tuala kasik tukar bahagian yg tak kena lagik, dan pakai balik plastic. tak pasal2 jadik nomad haku wahahaha :)). Ali tanya, dah sudah ka? Akekeke, aku jawap jap2. nak siap dah nih! hahahah :)). Adeh, mmg nak tergelak lah masa nih :P
Sambung balik jalan. Makin lama jalan, makin sakit kaki, bukan Ina ajer sakit, dengan aku2 sakit kaki, sebab kuku aku panjang kot huhuhu :-s. Sakit siot... rasa nak benti, ketip kuku jap, pastu sambung balik perjalanan. Bayangkan hujung kuku dok kena hujung kasut, mmg sakit gila. Aku sampai umah, semua jari kaki tembam2 tau, sebab bengkak, merah2 pulak tuh, huhuhu.... sekali tengok mcm jari kaki aku masa time 95kg dulu wahahaha :)).
Tak lama lepas tuh, Ade pulak joint kami, maybe sebab dia tgk 2 pompuan ajer, so tak sampai atie nak tinggalkan kami. Aku boleh nak laju ikut Ade, sebab aku tahu kekuatan aku dengan Ade hampir sama [perasan] in term of naik turun bukit tapi kami kena consider orang lain yang injured, so tak pasal2 Ade yang evo jadik sweeper dalam group akekeke. Masa nih sakit kaki tak yah cakap lah, rasa nak benti pun ada, tapi kuatkan semangat sebab nak jugak sampai cepat, aku nak tukar pampers beb, cepat2lah sampai huhuhu!!!
Masa nih tak sampai2 kem balak lagik. Ade ngadu lapo. Masa nih dah petang tau. Dah lepas waktu Zohor dah, paling last makan is pagik kul 8 tadih. Bayangkan perot kosong, dok teguk air dari water bladder jer darik pagik tadih, mahu lah tak kucil sepanjang jalan. Snickers bar dengan protien bar dah abeh di bedal. Sampai xder aper yg ringan2 yg boleh di makan dah. Kalo nak mmg kena benti masak. masa nih, nak masak mmg mustahil, sebab gas kat orang lain, dapur kat orang lain, mezz tin kat orang lain... mezz tin aku ader, tak basuh! Wahahah :)). Save air maaa... kat atas, nak guna air untuk makan, minum, bersuci... untuk basuh pinggan, turun bawah pun boleh, so kena pikir mana keutamaan dulu.
Masa berselisih dengan Cip Yazet kat atas [sebelum dia berdesup lari meninggalkan kami] konon pesan nak tunggu di Kem Balak. Sekali dah sampai di Kem Balak, saper pun xder. Masa jumpa kat Sungai Y, latip cakap, derang benti lama kat Kem Balak tuh, tapi saper pun xsampai2 lagik, tuh pasal derang sambung perjalanan. No wonder! maksudnya derang sungguh laju sampai kami yg belakang2 nih tak terkejar dek badan ohhoo... Ini flashfront. Jom flashback balik ahehehe...
Sayup2 di kejauhan dengar bunyik jeram, means akan sampai ke sungai kecik yg 1st sebelom sungai Y. Dan aku tahu lepas nih kompom akan kena pacat lagik, chaih! masa nih Lee boleh dengan beshnya tunggu kat area pacat :-s. Dia sengaja nak soh pacat naik di badan ke. Aku dah siap2 lari dah masa nih dengan harapan tak mo pacat naik di badan, kaki dan muka. Sekali kena jugak, chaih! Cemana dia dengan cepat, mudah dan pantasnya leh panjat atas badan nih? Lompat ker aper? Ggrr...
Last2 duduk kejap kat sungai, buang pacat. Masa nih budak2 belakang dah re-group sekali. So bagus gak, semua jumpa dan leh jalan sama2. masa nih aku dah basahkan kasut dah. maleh nak randuk sungai berkaki ayam. Alang2 dah lencun, basahkan jer terus. Lepas sungai kecik, masuk balik kawasan buluh dan duri pokok Bertam. masa nih tetiba Along dan Saiful muncul dari balik semak. Kompius la kami, padahal derang depan sekali. Rupanya derang dok ushar kiri kanan jalan, dok carik pokok Tongkat Ali, chaih!
Ada jalan baru di buat oleh Cip hani [setelah di ceritakan kembali] masa kami naik kawasan buluh dan duri pokok bertam nih. Rupanya hari yg hujan tuh ada pokok tumbang :-s, ngeri tengok pokok tumbang, besar tuh weh! kena panah kilat ke aper. Sampai musnah 1 jalan masuk lah. last2 Cip Hani buat 1 jalan baru, lepas tuh Botak dan mat tahir menambah rencah clearkan jalan baru supaya lebih nampak oleh orang2 belakang. Siap letak reben merah so kami leh ikut lagik. tak der lah kompius dan ingat nak sesat ker.
Akhirnya sampai jua di Sungai Y. Aiyayah... semua nak benti mandi ker? Xder ker saper2 nak terus balik ke perkampungan orang asli? Aku dah tak tahan nak mandi nih, pleaseeeee... last2 Botak mem-volunteer-kan diri, nak balik ke kete. Latip pun nak ikut sekali. Alhamdulillah, syukur! Sementara tunggu beg di angkat ke seberang, kali nih Ade pulak jadik porter angkat beg, ahehehe, Botak dan Latip siap2 pakai baju balik. kali nih, sama gak, aku tak buang kasut, pakai randuk jer sungai. bio basah. bagus gak kasut basah nih, bila basah, air penuh dalam kasut kan, dia mcm lembutkan jari aku yg bengkak2 tadih tuh, so tak ler rasa sakit bila berjalan. hari2 jalan dalam sungai pun aku sanggup huhuhu...
Ina aku tinggalkan dengan geng2 evo yg lain, sebab semua benti nak mandi sungai. Kalo aku tak period, agaknya, aku pun ikut sekali terjun tiruk akekeke. Dah siap2 semua, kami bertiga, aku, Botak dan Latip, start hiking ke perkampungan orang asli. Nih last track dah. Budget 1/2 jam perjalanan. leh tahan jaoh jugak lah hahahha. Macam cipan jer kami bertiga jalan, or should i say lari? Bukan jalan lenggang lenggok mak minah, mmg jalan ala2 mcm nak lari, seoalah kami nak compete ker aper ahehehe... mcm besh ajer. kan sepanjang perjalanan turun dari atas, aku terpaksa jalan mcm jalan2 shopping complex. So bila sekali jalan dengan botak dan Latip, mmg terasa laju nyer wahahaha :)).
Dalam dok berjalan, sekali rasa sakit giler kat tumit, aku bongkok dan check aper bender yg geget, rupanya pacat! Chaih! Ada lagik sekor? hampeh betol... kali nih dia geget lama sangat kot, tuh psl aku sakit, biasanya kalo pacat geget, kita rasa gatal dan sejuk, nih xder sejok dah, aku terus rasa sakit kena geget. Liat jugak nak cabut sebab macam lama jer dia attach kat kaki. Mmg wa lepat liat betol! ishketambola! belek2 area kaki yang lain, nampak macam tak der aper, so aku teruskan perjalanan... gasak lah darah mmg leleh giler dah masa nih. Tak der rasa nak basuh pun, sebab main focus nak cepat sampai. tuh jer!
Sharp 6.30 petang, kami nampak hujung bumbung umah orang2 asli, jalan depan sikit, nampak Cip hani dan bbrp orang asli lain sedang tunggu dengan bergaya nya tepi rumah Tok Batin. Yahooooo!!! Sampai jugak akhirnya. Sempat hi-5 lagik cip hani... chaih! Aku terus ke kete, bukak beg kecik, Alhamdulillah ada pampers bekalan sendirik. memula nak mintak kunci kete Ina dari Cip Hani, Ina cakap pampers dia ada dalam beg dalam kete, tapi memandangkan aku dah sampai kat kete sendirik, dan aku pun ada pampers sendirik, baik aku pakai sdn bhd punya :D.
Siap2 aku masuk toilet umah tok batin, mandi dengan besh nyer, tukar apa yang patut, kuo dengan fresh dan selesanya wahahah. Air darik toilet umah tok batin actually air bukit kot, sejuk giler, tak nyesal tak dapat mandi sungai dengan air terjun sebab air dalam toilet pun dah sejuk. tak der tempat tutup pulak tuh. Air terus mencurah2 ajer huhuh :-s. Air free lah katakan :P
Aku dah siap2 mandi, kuo dok dalam kete sementara menunggu budak2 lain sampai. dekat kul 7 lebih jugak lah baru nampak kelibat budak2 lain. Lepas derang mandi semua dah ready nak masuk kete. Musti kena mandi sebab belengaih balik even baru mandi sungai. nanti kan nak naik kete, tak kan nak masuk kete dengan lencun2 tuh kan? So semua wajib bersih kan diri dulu.
Selepas berjanji nak stop kat R&R Bukit Gantang, 5-5 kete merangkak meninggalkan Kampung Kuala Woh dengan 1001 kenangan yg tak di lupakan <-- chewah, sastera la pulak. Sampai kat R&R, semua kuo kete dengan aksi orang2 di dalam nya ala2 i-Robot wakakakka :)). Aku jalan ok lagik malam tuh. Aku tahu kalo malam nih aku jalan ok, means esok musti jalan teruk nih... jammed la kaki esok pagik wahahahah :)).
Aku tak makan masa benti di R&R Bukit Gantang, tapi ikut makan kacang rebus kudap2 buat isi perot. Hati dok tingat tilam jer ahehehe... Dalam kete bukan leh tido pun sebab riuh dok sembang sesama sendirik :P. Aku decide terus balik Balik Pulau malam tuh. Tapi singgah Bukit Gedong jap, amik bekalan pampers. Masa masuk umah, Ani ada kat depan tengok tv. Ani tanya, hang bukan pie naik gunung ka Miza? Aku jawap, nih baru balik la nih, aku nak amik barang sat, lepas nih direct balik Balik Pulau. Ani jawap balik, awat nampak hang fresh? Tak sakit kaki ka? macam tak letih saja! Wahahah :)). Aku cakap, malam nih xrasa lagik, tunggu esok, musti jadik i-Robot. Lepas sembang2 jap, aku masuk bilik amik apa yg patut dan turun kuo umah balik.
Sampai Balik Pulau dekat tgh malam jugak lah. Dah sampai xleh tido pulak. Abeh aku sembang dengan abah, abah dah ngantok, mak dah nganga atas sofa. Lepas tuh Ima bangun, Anand balik <-- hantu malam; aku sambung citer. Macam2 citer lah aku nak citer, sampai last2 depa berdua pulak nak tido,erkkk... cemana nih? Aku tak ngantok lagik, aduhai!
Last2 paksa diri jugak tido. Esok nya mak gerak soh bangun subuh, aku cakap aku cuti. Aku bangun jugak nak kucil, sekali cramp wahahah :)). Dah cakap! Terasa keras dari pinggang ke bawah, aduhaii... kompom seminggu i-Robot!
Jadual lepas nih, aku dengar macam Cip Hani plan nak naik Gunung Camah pulak [kat Kelantan]. lepas tuh Trans-TT. Nak tawan 4 ker 5 gunung dalam 3 hari 2 malam. Adeh! Agak2 lah cip, saya nih jentera berat. 1 gunung nih pun meleret 3 hari 2 malam. Inikan pulak 5 gunung. mau pengsan tepi sungai aku macam nih akekeke...
Aper2 pun, pengalaman tuh penting. Sangat2 bermakna, tak leh dapat di shopping complex. kena alami sendiri rasa tuh, baru kita menghargai hidup. Serious cakap. kenal hati, kenal orang, belajar hidup dalam kekurangan dan belajar survive. Inilah catatan idop seorang pendaki gunung yang tak berapa tegar ahehehe...
Oklah, dah abeh dah aku citer pasal hiking. Kita berjumpa lagik dalam sessi hiking yang lain, InsyaALLAH. Selagi nyawa di kandung badan, selagi ada kudrat, ada peluang, nak ikut lagik. Trans-TT agak menggerunkan. Camah mungkin... we'll see :D
Sekian, maceh :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment