18th Apr 2010 menu update

Salam,

Hari kedua, terjaga dek bunyik suara Zam gerak Yazet ajak turun bawah g kucil wahahah :)). Ingat pompuan ajer takut gelap, laki pun takut rupanyer akekeke. Sebenarnya gelap 1 hal, 1 lagik sebab track ke water point agak berakar, curam dan ber-belukar kan. Kang tersadung sorang2, saper nak tolong? At least bawak kawan, boleh lah nak cover2 jalan.

Masa nih aku tgk jam dah kul 6 pagik. Yazet bangun kot g teman Zam setelah bbrp percubaan Zam yg akhirnya berjaya pujuk Yazet turun ke bawah :P. Aku sambung lelap jap. 6.30 am bangun balik dan kuo khemah, leh tahan gulap gulita jugak tapi tak segelap malam laaa... Aku tak nak gerak Ina, nampak kusyuk jer budak kecik tuh tido, so aku kuo turun ke bawah sorang2 berbekal kan head lamp dengan harapan tak tersadung mencium akar sepanjang track :-s

Leh tahan lunyai jugak tanah. Semalam ujan ker? Xsure plak aku. Tido separa mati ahehehe. Masa turun siap kucil merangkap amik air semayang. Tgh2 basuh kaki, Saiful turun dengan bekas2 mineral penuh kiri kanan tangan. Nasib baik dia tak turun time aku kucil tadih wahahah :)). Mana nak lariiiiiii... ahehehe!!!

Naik atas, Subuh dan siap2 nak prepare sarapan. Masa nih 1/2 dari orang2 dalam flying sheet [errrk, sebenarnya flying xder masa nih, sheet ajer sebab berbumbungkan gua ahehehe] dah bangun. Ok nih menu hari ke 2 dan cerita sambung bawah ok :D.

8:00 am breakfast
Nasi
Kari daging
Wholemeal bread+tuna spread
Milo 3in1 hot

10:30 am start hiking

In between
Plain water from water bladder
Snicker bar
Granola bar: Nature Valley+K-Kelogs
Biskut Tiger Ina

5:30 pm end hiking

8:30 pm dinner at puncak Gunung Batu Puteh
Nasi putih
Kari daging
Wholemeal bread+tuna spread
Milo 3in1

9:30 pm supper
Mushroom soup

--------------------

Workout: 7hrs hiking for today!
Teamix: n/a
Plain water: 3L day + 1L nite
DWIC: 15

--------------------

DAY 2: GUNUNG BATU PUTEH HIKING 3D2N TRIP

Lepas sarap, ada yg turun mandi terutama Along. Aku rasa dah baper kali budak nih turun mandi. Tabiat ker huhuhu... padahal dia yg paling gigil sekali tapi dia suka mandi di kala sejuk2 dingin macam nih adehh... +_+. Tak tahan patik!

Sebelom luruhkan khemah, aku sakit perot giler. Area belakang water point dah habis di occupied orang. Leh nampak tanda atas tanah, samada di timbun tanah balik atau kawasan tuh rata semacam. Saper2 yg mendaki paham lah maksud ku inik ahehehe. So aku macam dah kehabisan 'tanah' nak memerut. Last2 carik port lain. Nasib baik berjumpa. Tak di 'teroka' orang lagik so kiri kanan kawasan sangat bersih dan suci lagik, nak 'membuang' pun terasa aman wahahah :)).

yang besh nyer dekat sangat dengan khemah budak2 laki yg satu team makan dengan haku. Aku siap soh derang cover line jangan kasik orang datang 'kawasan' yg aku nak g 'bertandang' tuh wahahahah :)). Besh tau membuang atas gunung, senang ajer nak kuo, smooth, laju, 1 nafas dan apa saja yang sewaktu dengannya. Tak yah makan ubat aper2 nak kasik kuo, pagik2 mmg terasa nak membuang dan akan buang dengan senang nya. Tiada paksaan. Veri semulajadi. Tak percaya, korang naik lah gunung dan try memerut pagik nyer. Aku suruh korang alami sendirik nik. tak rasa maka tak percaya, so sila rasai sendiri rasa itu hihihi... Aper2 ajer aku citer psl 'membuang' sampai abeh 1/2 page. Chaih!

Oklah, cut the story short, khemah siap runtuh, gulung2 lipat balik jadik 1, khemahnya aku bahagi dua. Tak adil arrr darik awal aku dok bawak, so kali nih bahagi 2 kasik sorang sikit bawak. Kali nih khemah aku bawak, pencacang nyer kasik Ina bawak. Esok nak turun, Ina pulak bawak khemah, aku bawah pencacang, fare n square lah kan. Mcm biasa senaman ringan dulu sebelom start bertolak. Dan perjalanan di teruskan, tak salah aku dekat2 time macam semalam, pukul 10 lebih.

Kali nih kami [serikandi jalanan] di suruh jalan depan mcm biasa sebab nanti semua orang akan potong kami jugak ahehehe. baru naik suku track, aku dah rasa nak kucil lagik. Berapa kali nak kucil nih, tadih bukan dah buang yang besar ker? :-s. Last2 abeh separuh team potong haku gara2 aku stop benti kucil. Pak Nan lalu nampak beg haku tersidai tepi pokok, dia tanya aku ok ker? aku jawap ok ajer, tgh kucil... ooppss!!! wahahah :)). Rasanya Pak Nan terus sambung perjalanan sebab ramai lagik kat belakang so tak kisah lah.

Dah selesai sambung balik perjalanan. Hariknik nyer perjalanan dah di war2kan oleh Cip Hani bahawa track double canak dari kelmarin so mmg expect worse case scenario lah hariknik. Mcm biasa, 1/2 jam yg pertama sangat fenat, dok cari momentum. Aku nyer style awal2 start tracking macam orang tak betol sikit. Takut2 nak pijak track or batu2... ala2 macam hesitate. Kena kasik sezen, bio jalan dalam 10-15 mins non stop, then baru dapat pick-up real momentum.

Track hari ke 2 tersangatlah jarang jumpa kawasan landai. Macam kedekut jer area landai, semuanya mencanak non-stop. Nak stop sendiri mmg kena pegang pokok atau bongkokkan badan kalo tidak mcm nak ter-drag ke belakang jer :-s huhuhu. Masa naik nih berselisih dengan 1 group budak2 Johor yang naik hiking semalam. Derang tak stop kat Gua Azan, terus naik sampai atas. Masa sembang2 [sempat sembang tuh akekekek], derang sampai atas kul 9 malam :-s mak aih! gulap gulita tuh! Cemana leh gigih naik 1 harik huhuhu. Derang naik 9 orang, yg berjaya sampai atas 6 orang ajer. Lagik 3 orang actually patah balik sebab sesat. Kami terserempak dengan 3 orang nih sebelum sampai Sungai Y harik 1st [kelmarin lah actually].

Derang naik tak der upah guide. Kira belasah naik sendirik, yakin tahu jalan kot. End up, yg 3 orang ketinggalan terus tersesat. Nak naik panjat dah give up asyik sesat, last2 turun terus. Nasib baik sesat nak naik, turun tak sesat. Kalau sesat tak turun2, cemana? huhuh ... Itulah ceritanya. Oh yer, dalam group nih, ada sorang pompuan. Yang lain sumer laki. Dan derang tak naik sampai puncak. Just lagik sikit ajer. Derang benti kat last kem, atas sikit dari 2nd water point sebelom tiba puncak: Air Terjun Terbunuh <-- aku tak sure nih nama betol ker atau nama timbang2an yg Cip Hani kasik akekekek... Masa nih aku tanya agak2 baper jam lagik nak sampai atas. Derang cakap, nak dekat dah. lagik 3 jam. mak aih! 3 jam lagik? Boleh tak aku pengsan kat situ +_+

Sambung balik... sampai 1 kawasan rock climbing [mmg sah kena climbing] aku dah buang kayu sebab mustahil nak bawak kayu tuh masa dok berjuntai climb batu dan capai akar2 yg berselirat sepanjang climbing. Dulu kan selalu teringin nak wall climbing dengan Lin. Sekali termakbul masa kat ke puncak Gunung Batu Puteh wahahah :)). Akar2 yg terjengol kuo mmg sangat membantu. masa nih tangan dan upper body musti kerja kuat di tambah dengan beg yg macam guni beras di belakang badan. Silap pegang akar, elok2 melekat di batu, leh jatuh gedebuk kat bawah ohooo! ngeri huhuh +_+

Sebelom melalui rock climbing version akar, kena lalu 1 rock maha besar punya version xder akar huhuh +_+. Cemana nak panjat tuh? Ada ehsan pendaki2 lama atau orang asli nyer hasil usaha, aku pun xtahu, derang patahkan batang2 kayu dan ikat buat mcm laluan ke atas, tapi sangat2 halus batang2 kayu tuh. Cip yazet cakap kayu idop nih... yerker? huhuh... mat Tahir pijak 1, ada patah sebatang. Risau haku. Dah berapa tahun derang buat laluan nih. Ikat dengan tali rapia jer kalo tak silap aku. Sangat mengerikan condition nyer. masa aku panjat pijak, test2, mcm kuat pulak ikatan kayu2 tuh. Tolak badan cepat2 sampai atas dan jangan hesitate lama sangat atas batu.

Aku selalu ada 2 feeling kalo jumpa batu. Samada aku start hesitate, sampai ke atas perjalanan akan jadik takut2 sampai abeh kawasan batu tuh... ATAU aku terus pijak selamba tanpa second thought, InsyaALLAH, pijak batu tak der perasaan ragu2. Kalo boleh aku nak ada 2nd feeling tuh. Masa 1st rock climbing nih aku ok. Satg yg 2nd tuh wuhuhuhu... kita citer karang.

Lepas ajer rock climbing version xder akar nih, sampai lah kat kawasan rock climbing yg ader akar, which aku sangat suka sebab sangat senang naik. Macam ala2 pijak, pegang akar, tarik body ke atas. kena yakin pijak di mana, nak lonjak badan ke mana, nak tarik akar, yakin tuh bukan akar tipu. Ahehehe, ader akar tipu tau, nampak jer besar gedadak, sekali pegang, putus-hancus-reput beb... +_+. kadang2 yg kecik dan cicitoet tuh lah yg kuat. So sebelom lonjak badan, pastikan test akar yg kita pegang sebelom lonjak badan naik. Sangat2 penting. Untuk keselamatan diri... :D

2nd rock climbing tanpa akar, kali nih aku awal2 dah silap langkah. Silap letak kaki so nak letak kaki kedua seolah2 aku kena pusing 1 badan which is sangat2 bahaya sebab mustahil aku leh buat mcm tuh. samada aku jatuh terus atau berjaya pusing, chances is 50-50. Masa nih aku try jerit panggey Botak dengan Pak Din. Rupanya derang dah terlajak naik atas. Tiada bantuan kecemasan. Orang bawah tak leh nak tolong sebab tak mungkin derang akan naik menambah beban atas kayu yang sekangkang kera itu. tak pasal2 jatuh 2-2 cemana?

Masa nih Ali dah jerit2 dah soh aku terus langkah depan, aku kena capai jugak akar yg paling atas, kalo tidak aku stuck kat situ sampai tahun depan. Dia risau, mmg tak dapat cover dari bawah, nak naik, aku pun tak kasik, batang pokok yg melekat kat batu sangat fragile giler. Cukup untuk laluan seorang at 1 time. Nak tak nak, kena berani lonjak badan tanpa bantuan sesapa nih. masa nih tawakal jer lah. Bismillah dah 88 kali dah nih ya salamm... +_+.

Up! Zus! tak dapat capai akar, aku terduduk balik dakap batu dengan ke2-2 kaki yg silap parking, adeh... 2nd trial. Uuuuuppppp! Dapat ko akar tuh, terus cepat2 lonjak kaki yg silap ke depan... merangkak aku cengkam tanah sebab tak der aper dah yg boleh bawak badan aku sendiri kecuali diri sendirik. Phewww!!!... Ambik nafas jugak lah masa nih kejap sebelom betol2 bangkit berdiri. Ngeri2.

Lepas darik tuh reach Gunung Kak dulu. Masa nih Ali tegur Botak dengan pak Din sebab tinggal aku wahahah :)). Terkejut jap Botak dengan pak Din sebab derang tak tahu aper2, dah tentulah terlajak ke depan. Aku jerit mana nak dengar. Actually tak leh cakap jugak, sebab derang nampak senang jer lonjak2 badan kat area batu tuh. Aku jer awal2 silap parking kaki so silap lah sampai akhir. Salah sendirik sebenarnya. lain kali kena belajar parking betol2.

Dah lepas kawasan ngeri nih, track makin lama makin sejuk. Pemandangan Lord of The Ring makin rancak sepanjang jalan. Kawan makin jarak seorang demi seorang. Bukan aper... mmg dah penat tahap cipan dah masa nih. Samada orang depan laju sikit 2-3 minit or orang belakang benti kerap sangat lepas 4-5 langkah. Sampai 1-1 masa tuh, aku tetiba perasan aku jalan sorang2 :-s erkk...

Masa nih teknik sahut menyahut dah tiada dalam kamus. Either diri sendiri dah lemah nak kuo suara atau tak dapat dengar pun suara orang lain sebab jauh sangat dah antara satu sama lain huhuhu... Aku dok jerit tak der saper sahut, memula ok lagik, lama2 rasa semacam gagagagagga... Ntah cemana, dengar 1 suara kat belakang, aku sambung sahut, nasib baik betol orang hahaha... kalo bender lain, mahu pengsan aku kat situ akekeke. Cip hani yg jerit tadih. Aku terkejut nampak dia, dia terkejut nampak aku. Sebab dia ingat yg sambut jerit tadih laki. Aku cakap, suara aku mcm laki ker? keciwa jap... dia kata bukan maksud tone suara aku macam laki, tapi kuat nya balas sahut aku tuh, macam kekuatan lelaki... wah! dalam letih2 kuat rupanya suara haku muhahahah...

Aku kompius kenapa Cip Hani ada kat depan? Padahal dia sweeper. Sweeper patut ada belakang sekali. Ada kah dia telah melantik orang lain jadik sweeper? Mmm... lepas potong haku [tak tekejar aku Cip hani, laju sangat... makan tongkat ali ke aper nih ishketambola]... terus aku jalan sorang2 lagik sekali. Saper2 tak nak potong aku dah ker? Alahai... Aku tak ingat aku ader tgk jam tak lepas nih sebab tak tahu dah kup berapa. Letih melampau... sangat2 meletihkan +_+. Rasa nak cepat jer sampai atas. nak tido guling atas gunung huhuhu... bila nak sampai nih adoyaiiiii...

Sampai kat juction last water point, Air Terjun Terbunuh, bunyik jeram air terjun mmg kuat kedengaran tapi kami tak benti di situ, kena teruskan perjalanan sampai puncak. masa nih di kepala otak aku, musti nak dekat dah sebab aku konon buat kiraan, water point Gua Azan dalam 4-5 minit jer dari gua so nih pun sama kot. Turn out, jangan kata 4-5 minit. 40-50 minit pun, aku masih dok berjalan, tak jumpa2 lagik puncak nya +_+... huhuhu... tulun tulun! tak tahan dahhh...

Sayup2 dengar tapak kaki lagik kat belakang, rupanya Lee pulak pelan2 ikut aku. Sesekali dengar dia benti amik nafas. Ader sekali tuh aku rasa mcm dia nak silap masuk lorong lain, budak nih rabun nih, ish! Terus aku jerit soh dia carik balik track betol. Kang tak pasal2 masuk track lain, tak jumpa jalan ke puncak cemana? Huhuhu... Aku soh Lee potong sebab laju semacam jer budak Cina nih. Then aku nampak Pak Nan kat depan. Alangkah gumbiranya nampak Pak nan akekeke...

Pak Nan cakap, kuderat 4 kerat nih kalo boleh stop benti dan tido, mmg dia nak layan ajer, tapi yg tinggal hanyalah 'ada hati' nak teruskan sampai puncak. Moral apa semua mmg dah jatuh drop sampai negative level dah. Giler melampau keletihan. Last2 kami stop jugak, bukak apa yg ada dalam beg. baru perasan, paling last makan ialah breakfast kul 8 lebih tadih. Sekarang dah kul baper? Tak silap haku dah kul 3 ker 4 petang ker huhuhu. No wonder la masing2 tak der tenaga. tak der makanan cemana nak reach summit. Godek2 beg, terjumpa biskut Tiger Ina. Ina soh aku bawak sebab beg dier dah penuh. Bukan kah rezeki nama nya nih. kami duduk dengan tangan dan kaki terketar2 sambil makan biskut Tiger. Lepas nih musti kuat panjat gunung lah wahahah :)).

Cip yazet reach tempat kami benti, dengan dia2 singgah menjamu selera. Sayup2 dengar suara Zam dan budak2 lain. Cip Yazet dah jerit, cepat2, sinik ada makanan akekeke... tunggu punya tunggu, tak sampai2 lagik. last2 bungkus balik biskut Tiger, aku, Pak Nan dan Cip Yazet sambung perjalanan.

Lebih kurang 1/2 jam dengar suara budak2 Evo cakap dah reach puncak. Walawehhhh!! nak sampai dah... yippiee... tapi macam biasa. Dengar mcm dekat, tapi kelibat puncak tak nampak2 lagik. Aku dengan Pak Nan tetiba dapat semanagt baru, tetiba tak jadik letih, semanagt biskut Tiger agaknyer muhahaha. Masa nih Cip yazet dah potong ke depan dan memecut dengan tiada belas kasihan. Sekali dengar suara dia pulak soh kami cepat, dah sampai puncak kata nya. Chaih! Cemana nih...

Setelah melalui lagik siri2 Lord of The Ring yg berlumut ala2 track Irau masa nak dekat2 sampai puncak, menguatkan perasaan kami yg mmg sah nak sampai puncak dah, cuma kena lebih gigih dan tekun mendaki untuk saat2 terakhir ajer. Tepat 5:30 pm [aik? sama masa aku reach Gua Azan kelmarin kah?], terus nampak cahaya dan sinar harapan wahahah :)). Cip Hani dah siap pakai baju melayu hijau nyer [dia mmg janji nak bawak baju melayu naik puncak...+_+] tunggu kami di 'pintu' masuk ke puncak.

Ya ALLAH! Sampai akhirnya. Rasa nak sujud syukur ajer kat situ, nasib tak tergolek jatuh jer. Punyalah tak tahan nak pasang khemah tukar baju. Sekali teringat pencacang ader kat Ina, alahai, terpaksa tunggu sampai dia naik dulu. Akhirnya geng2 Ina sampai 1/2 jam lepas tuh, dalam kul 6 pm. Dan group2 kecik yg lain menyusul 1 demi 1. Sempat bergambo2 dengan busuk lencun akekeke. Dah pasang khemah, dalam keletihan dan kelaparan, wajib lah tunaikan apa yg patut dulu.

Kali nih tak jaga wuduk. Aku mmg niat terus nak jamak time Isyak. Abg Mie siap elak2 lagik takut tersentuh, aku cakap, sentuh lah, saya dah kentut, wakakakak :)). Masa lepas makan, kami tak terus masuk khemah. Aku dengan Ina siap joint budak2 laki sembang kat tempat kami makan. Siap masak soup mushroom lagik. Ader jugak yg cirit nih esok pagik wahahahah... Dalam kul 10 malam kot, kami berdua masuk khemah. tuh pun xleh tido, budak2 laki dok buat karaoke pulak sampai tgh malam. Abeh semua lagu jiwang karat 80-an, 90-an kua dari sarang wahahaha :)).

Rasanya kami tertido jugak lepas tak larat nak dengar lagu2 jiwang. malam kami tido baju baper lapis yer? Aku dah pakai t-shirt, tokok 1 lapis lagik baju tangan panjang, tokok 1 lagik sweater. So boleh bayangkan bertapa sejuk nyer haku malam tuh. Tuh pun ada budak2 laki pakai suo boxing cakap tak sejuk sangat. Yolah tuh! Si Along sampai cakap, tutup aircond! tak tahan. Aku jawap, aircond dah centralized, nih paling minimun akekeke...

macam banyak lagik nak citer, tak perlah, sambung esok yer... nite2 semua muhahahha... ada saper2 dah termuntah baca sampai sinik ker? akekekek >:)

to be cont...

0 comments:

Post a Comment

top