
Salam,
Ok, 4 hari akan datang aku bet musti cheating ehehehe. So pagik aku akan makan shakes, lunch + dinner, normal meals. Ala2 maintenance menu pun ada gak lah nih [eleh, cheating lah, malu pulak nak ngaku yer :P]. Ok!
8:00am breakfast
Cappu shakes: 4f1+2F3+400ml plain water
1 mug teamix
1L plain water
12:00pm brunch with Isma+Fara at Mak Long
1/4 plate of nasik putih
1 slice of ikan masak lemak
1/2 slice of pejeri nenas
1 mug teamix
600ml plain water
Maka berkenal2an lah Fara dan Isma hihihi. Fara kompius apasal Isma macam kenal semua budak Vokay! lepas aku citer Isma nih 1 UTMKL dengan haku then baru Fara paham. Budak2 Vokay Balik Pulau 1994-1995 lepas SPM, hampir semua masuk UTMKL hahaha. Sekolah baru bukak, so baper kerat jer budak2. Fara pun UTM gak, tapi dia g UTM Skudai.
Masa dah kuo dari Mak Long g kat kete, berlaku satu kejadian, picit2 remote, tak mo bunyik pulak. Last2 bukak pakai key terus lah, apalagik, bunyik bagai nak rak, macam haku pulak pencurik kete. Fara siap bukak manual carik cemana nak disalarmkan balik bunyik yg bingit itu! Aku dok carik lah button nak reset, tak jumpak2. haih! tau naik kete saja, jadik apa2, zero, apa pun tak tau! Aku terus call Pak Koq [hubby Isma, dia kan pomen]. Dia kata masukkan kunci dulu, start, then tekan security or reset button]. Aku cakap dah tekan dah, tak der mender pon kuo. Tuh mcm bukan button reset, tuh cuma indicator showing security ON! Huhuhu... tapi buat jugaklah! Ntah cemana, erkk.. jadik ok. tak bunyik dah alarm yg bingit utu :-s. Uhuks! tapi haku masih tak puas hati sebab aku tau itu bukan button reset! Aper2 pon, maceh lah Pak Koq. Membantu wanita yang lemah ini akekeke...
7:30pm dinner with Fara at Pak Husin Tomyam, Sungai Ara
1 plate of nasik putih
1 bowl of tomyam campur
1 plate of kailan ikan masin
Ikan 3 rasa
1 glass of teh O limau panas



Tempat pertama aku bawak Fara g jenjalan dalam banyak2 tempat kat Penang nih ialah Queensbaymall. Boleh di ampunkan tak? Hahaha! Aku kan seorang remaja ayu yang pemalu, mana reti jalan2 carik makan keh keh keh. Fara terkejut nampak tempat parking tulis "RM1.00 for the 1st 5 hours". Betol ker? Betol lah nih. WHAT!!! Kat KL xdernyer sengget2. 1/2 jam pertama sengget ada lah... wahahaha! Aku tau, aku tau! Bese Kanis yg dok bayar parking so masa dia bayar mcm kompius jer haku, apasal lah kuo banyak sgt duit sengget, masuk tak sampai 2 jam pun. tapi mmg betol. Sewa tapak jer RM1 setengah jam. kalo shopping 2 jam, tak ker RM4 tuh akekeke... tempat lain tak tahulah haku!
Tingat aku masa g Sunway Pyramid jumpa Alinx hariktuh, parking RM8 tuh fuh! Masa kuo tuh, haku macam nak geget orang tuh. RM8 leh g Queensbaymall 8 kali woooo... haiyahhh!!! Alinx pun cakap, lorrr apasal parking kat tepi nih, memang lah mahal. Uhuks! mana tahu, redah jer... hari tuh hari sesat sedunia. Miza + sesat = selamat sampai. So, oklah tuh akekeke...
Masuk2 Queensbaymall, kami berdua layan Transformer. Terok betol! Aku ingat aku sorang jer lagik tak tengok Transformer, rupanya Fara pun tak tengok lagik, hahaha... tuntutan wanita bekerjaya, mana sempat layan wayang abad ini hihihi. [Abeh! yg haku sorang2 g layan Harry Potter hariktuh, wanita bekerjaya mender? Cet!]. Sementara Fara survey2 kasut, haku g lohoq dululah sebab show kul 3. Masa kami sampai tuh baru kul 1.30pm. Masa rewang banyak lagik :D.
Lama giler film tuh. 2 jam 1/2. Kebas punggung haku! Kuo2 jer carik toilet. Hihihi. Lepas Asar, teman Fara membeli belah lagik. Dia jadik gak amik kasut dan bbrp barang lain yang tak masuk dalam list membeli hahaha. dengan aku2 pun membeli gak! Aku beli beg. Ahihihi, tak pernah aku beli beg sefeminin ini. Fara cakap, jangan takot nak mencuba benda baru. Mmm, macam pernah ku dengar jer ayat nih. tapi di mana yah???... Fara kompius sebab tak der orang shopping sgt dalam Queensbaymall. Aku cakap, jangan tertipu dengan hariknik Fara, hariknik hari Khamis, semua orang keje so mana ada orang! Ooo...
Lepas dinner, balik umah, Maghrib+Isyak, kuo balik huhuhu. G Tanjung Bungah carik CD hihihi... dekat kul 12 midnite sampai umah. Haku terlupa tertinggal hnset dalam umah. Nasib baik lah... balik 2-2 pengsan. Ngeh ngeh ngeh!
Workout: 1X40 mins before breakfast